Rutin Hari Jumaat Aku

Yaww! Wass up? Kentut busuk keluar asap. Sape lah tu kan. Hahaa... Ok. Hari ni hari Jumaat malam Sabtu. Siang tadi aku buat apa? Hah? Solat Jumaat? Sape lah yang kata tu kan. Ok. Lek luu. Sape cakap aku pegi solat jumaat. Aku pegi jaga library la. Well, memang tugas aku pun as school librarian. Itupun satu daripada rutin Hari Jumaat aku. Tapi ada lagi satu benda yang makin hari, makin menjadi-jadi. Makin lama, makin selalu terjadi. Haa...apakah? Ini ha. Ada sorang awex cun bergerangankan Cikgu suka beno langgar prosedur library. Prosedur yang macam mana? Well, library tutup jam 5:30 petang setiap hari Jumaat. Tapi si cikgu nie masa librarian nak balik, mas tulah dia sibuk nak masuk. Memang kencinglah kan. Aku memang berasap giler. Ikut aku, aku blah je. Tinggal lah sesape yang sanggup jaga library sampai jam 6 petang. Tapi hari nie, pergh nak je aku kasi tendang cikgu nie. Untung besar. Tak larat aku. Dia masuk jam 5:15, then tunggu2 jam 5:30, ini cikgu dengan anak murid die still tak blah lagi. Macam siot laa. Tup2 dapat tahu jam 6 petang nanti baru diorang keluar. Pergh! Memang 1/2 jam tu keje aku mengutuk cikgu nie je la dengan member2 giler aku. Nampak je macam kutuk belakang. Actually, depan nie beb. Jarak kitorang takat 5-8 tapak kaki je. Cer imagine. Geren cikgu tu dengar punyalah. Memang tebal seyh telinga cikgu tu. Tengoklah muka die. Tebal kemain. Suke sangat mintak librarian balik lambat. Ergh! Sakit hati! Tegang urat-urat aku nie. Tadi cikgu tu mintak tolong aku dengan Ida belikan dia air soya. Masa tu lagi 5 minit nak jam 5:30 petang. Nampak sangatlah kan die nak elakkan diorang balik. Pergh! Tapi lastly, tak jadi. Aku nie layan cikgu tu macam ikhlas dengan tak je kan. Kalau ikutkan, memang tak lah kan. Tapi sebab DAH namapun cikgu, nak tak nak hormat lah jugak. Hormatlah konon. Konon je. Haktuih! Geram betul aku. Sekarang, memang jadi rutin akulah mengutuk cikgu tu setiap hari Jumaat. Itupun kalau dia buat hal yang sama. Kalau tak, memang tak lah kan. Orang berbudi, kita berjasa. Orang dah bagi, tak reti-2 nak respon balik? Respnlah beb. And inilah respon aku. HAHAA.... (ketawa setan)


Aku Suka Siapa?


Woot Woot!! Tajuk entry macam dah ada yang berkenan di hati je kan? Hohhoo...Lek luu. Buang tebiat la tu kalau aku ada yang berkenan di hati. Sia-2 je la nekad aku. Tak de. Ni entry pasal aku nak citer pasal 'awex' aku yang sorang ni. Amboi! Cepat beno korank ngumpat aku? Bukan official awex lerr. BFF. Best Friends Forever lorh. Nama dia Ida. Alah! Macam lah aku tak pernah sebut nama dia dalam entry-2 aku yang lepas. Ida ada aku tanya aku semalam. "Awak tak ada suka sesape ke?" Uit! Awat hang tanya aku soalan tu?? Aku pun just replied je la tak ada. Aku senyum je bila teringat balik bila dia tanya aku tu. Curious beno kau Ida nak tahu aku suka sape. Karang kalau aku bagi taw yang aku pernah ter-syok at BFF kitew, melompat pulak kau nanti. Terus unfren aku nanti tak pepasal pulak kan. Hahaa... Then, aku cakap kat Ida. "Nanti kalau kite ada yang kite suka, kite beritahu awak eh". Fulamak! Aku dah buat janji ke? Mampuih! Dia pula dah amek tu sebagai janji aku. Masak...masak. Gareng terus kau! Haihh...Cik Ida kitew nie sebok nak tahu kalau-2 kitew ade suke sesape. Dia tu? Bila lagii...?? kuikui... Takkan nak tunggu aku usha. HAHAA... gurau je. Ida bukan taste aku kalau ikutkan diri aku yang satu lagi. Hohhoo...



Menyampah


Hello, guys! Pe kabo yop? Lama dah aku tak ke sini. Well, admitted jelaah condition aku sekarang ni normal. Tak senget, Tak songsang. Hahaa... Cuma tonite aku nak kasi hambur rasa panas aku kat sorang budak nie. Budak lagi. Muda setahun dari aku. Aku tak tahulah kenapa. And aku pun tak nak komen banyak. Plus, aku pun tak nak fening-2 kan kepala aku lagi dengan benda alah yang songsang tu. Just nak kasi hamburlah kan yang aku menyampah dengan sorang budak nie sebab dia asyik nak dekat dengan Ana. Aku tak tahu dan aku tak nak tahu kenapa aku menyampah bila budak nie act macam nak try Ana. Oh, sh...! Tak padan budak! Lepas tu, siap risik-2 citer-2 lama Ana lagi. Pasal ex-Ana pulak tu. Makin menyampah aku! Bila aku beritahu Ana yang budak nie suka kat die, die wat muke yang yang yok je. Tapi bila Ana buat muka yang yang yok tu, dalam hati aku ada rasa takut. Aku takut kalau Ana pun suka kat budak tu. Aku tak tahu dan aku tak nak tahu kenapa aku takut. Time aku, Ana dan lain-2 lepak kat school library, certain time budak tu mesti datang. Nak nyendeng-2 dengan Ana lah tu. Aku pun buat jelaah muka badi aku yang memang dah macam orang kena badi. Menyampah seyh aku! Nak je kasi muntah kat muka dia. Lepas tu, depan Ana macam nak tunjuk "perfect" je kan. Ana pun memang jenis layan je. Aku tak caya kalau Ana just layan dia macam adik. Aku rasa macam nak hantuk kepala kat rak buku library tu je weyh! Aku tengok, melekat semacam je. Aku tak boleh blah bila terpaksa biarkan diorang berjalan berdua. Actually, aku tak suka bila budak tu sibuk nak jalan kaki balik dengan Ana. Aku rasa macam nak kasi tendang je dia biar masuk longkang then tinggalkan dia. Kan BEST! Aku nak jalan bertiga dengan diorang pun, buat tambah panas hati aku je. Aku tak tahu dan tak nak tahu kenapa aku menyampah giler bila Ana berbual mesra habeh dengan budak nie. Aku rasa macam diri aku nie dah jadi debu lepas tu dipijak-pijak diorang berdua. Macam siot je kan. Plus, budak tue suka tanya pasal Ana kalau Ana tak ada dengan aku. Macam dah tak ada orang lain kau nak tanya. Anak juga yang kau tanya. Eee~ sekali aku sumbat kasut sekolah aku yang dah haus tapak bersaiz 5 nie baru kau tahu! Ish! Menyampah giler! Wekkk~!!


INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com