Maruah

"Terdapat tiga jenis hubungan yang tak menghiraukan maruah, iaitu hubungan anak dan ibubapa, persahabatan, dan hubungan antara guru dan murid."

Aku dapat ayat tue masa aku tengok Kdrama kat rumah Ida(bukan nama sebenar) waktu kitorang buat study group dengan Ina(bukan nama sebenar). Sentap do ayat tue. Tiga hubungan yang tak kisah pasal maruah? Otak dia! Kalau betul lah, dah lama aku share masalah aku nie dengan BFF aku. Especially, Ana sebab dia memang tempat yang paling sesuai untuk mengadu segala masalah. Sememangnya kelabihan An ialah mendengar masalah dan luahan orang lain. She's caring and sharing.

Masalah aku 'fall in love' dengan Ana, masalah aku berniat nak jadi pengkid, masalah aku nak Ana jadi gf aku, semuanya melibatkan maruah doh! Kalau aku share segalanya, jangankan maruah aku tercemar, dengan friendship kitorang sekali tergadai.

Dekat rumah Ida, kitorang ada jugak tengok rancangan 'Soal Asyraf'. Ustaz Asyraf bercerita pasal tatacara menutup aurat. Ini pun kasi aku sentap habis! Buat seketika, aku sedar yang diri aku nie perempuan sebenar-benarnya perempuan. Dalam rancangan tue, ada juga ditunjukan scene cara-cara pakaian umat Islam zaman sekarang yang tak menepati syarak dan tidak menutup aurat. Termasuklah pengkid. Memang aku sentap giler ah! Tak tahu nak cakap macam mana.



3 Waktu Bersama Ana

Hmm...esok tak sekolah sebab hari buruh. Next week dah nak exam. Pergh! Kusut der. Tapi bukan tue yang aku nak citer. Tajuk pun dah terang-terang "Mata Ana". Sure lah aku nak citer pasal Ana. So pagi tadi masa kat lab waktu kimia, aku terpandang ke arah Ana. Tup-tup entah kenapa bila aku bertentangan mata dengan dia aku sentap. Pergh! Tak nak sakit pula kan. Aku rasa macam nak menjerit je dekat lab tue. Aku rasa berdebar-debar tapi aku try control perasaan tue. Sebab tue dada aku rasa sakit. Aku paksa perasaan tue berhenti daripada berdebar. Seriously, muka Ana asyik muncul je dalam fikiran aku. Mata dia...mata dia yang buat aku rasa sentap tue asyik terbayang je. However, aku cuba juga control diri aku.

Di lab fizik pula, Ina asalnya nak duduk sebelah aku tapi dia kata dia tak nampak. So automatik aku suruh dia duduk tempat aku(sebelah Ida) dan aku duduk di tempat dia(sebelah Ana). Aku mula tertanya. Adakah hal tue berlaku secara tak sengaja? Atau memang ini yang aku nak? Sepanjang waktu fizik, aku duduk sebelah Ana. Aku tak rasa sakit or berdebar-debar malah selesa bila duduk sebelah Ana. Memandangkan aku jenis yang tak banyak cakap kosong atau buat lawak, so aku dengan Ana memang tak banyak berbual. Tapi ada masa tue aku buat juga loya buruk aku.

Bila di lab Biologi pulak, biasalah bila hari Isnin nie mesti kelas sampai pukul 1: 40 petang. So jam 1 petang masing-masing dah penat. Termasuklah aku. Aku dah banyak kali tersengguk-sengguk. Tapi paksa juga supaya jaga. Aku nampak juga Ana letak kepala atas meja. Dia pun ngantuk. Ina and Ida yang duduk antara kitorang berdua asyik bergelak je. Aku nampak Ana lentok atas meja, aku pun join lah sekali. Dengan mata yang mengantuk nie, aku nampak muka Ana nie memang cantik. Lagi-lagi bila dia pejam mata. Tak lama tue, aku pun terlelap. Tapu 15 minit kemudian aku terbangun. Mana boleh aku berdengkur dalam lab sampai balik. Nasib baik cikgu ajar pasal nutrition. Kira senanglah juga buat masa nie.



Style Aku

Hari nie aku ada gy banda dengan mak aku. Biasalah tuh. Anak tunggal macam aku takkan lepas dy banda sorang-sorang. First niat, aku nak gy banda sebab nak beli buku rujukan Fizik. Yalah. Aku hampeh tak faham kejadah apa yang cikgu ajar dalam kelas. Berbelit-belit. Tercekik otak aku. So, I need a rivision book.

Lepas beli buku, mak aku pula dah beli sabun, sebelum balik kitorang singgah kedai kain. Mak aku nak beli kain untuk buat cadar tilam. Then, kitorang gy kedai baju pulak. Cari singlet untuk bapak aku. Alang-alang cari singlet lelaki, aku nampak juga baju-baju lelaki yang ada kat situ. Pergh! Aku memang tak boleh blah dengan baju lelaki. Simple, cool, nice and comfortable. Tak macam baju perempuan. Ada lace, kedut-kedut, macam-macam lah. Actually, aku tak ada lah prefer sangat dengan blaus niyh. Aku selesa just berbaju lengan panjang and tak payah nak berbentuk bagai. Lebih baik kosong. Tapi kalau ada corak pun, aku lebih suka abstrak and grafiti. Floral....tak lah sangat. And...aku suka warna gelap. 3 warna saja yang jadi pilihan aku, iaitu hitam, coklat and putih. Tiga warna nie buat aku rasa kemas, simple and cool.

Apa yang buat aku interest pasal baju lelaki sebab ia berkolar. Aku suka T-shirt. T-shirt yang berkolar pun buat aku rasa kemas and selesa. Kalau kat rumah niyh memang aku pakai T-shirt je lah. And lagi satu...aku suka track-suit. Kalau aku keluar jalan-jalan dengan ayah aku, T-shirt and track-suit dah kira sempoi giler bagi aku. Jangan lupa, selipar pun no hal. Tapi bila keluar dengan mak tue....biasalah. Kasi ayu sikit. Ah! Yalah tu.

So, tadi sebelum gy banda dengan mak aku, of coz lah siap-siap dulu. Tapi bila aku kenakan T-shirt and inner berlengan panjang kat dalam, entah kenapa aku rasa rimas and panas. First tue of cozlah sebab hari siang tadi panas. Tapi....masalah yang keduanya....entah kenapa aku rasa it's much better kalau T-shirt aku tue berkolar and berwarna biru gelap. Dari bab baju, sampai pula bab jeans. Aku fikir lebih selesa rasanya kalau jeans aku nie tak ketat and tak usah kecik kat bahagian bawah kaki. Dan selepas tue, aku mula terbayang kalau-kalau aku berambut pendek. That time, aku dah tahu apa yang tengah jadi pada diri aku. Aku tengah imagine kot-kot kalau aku nie pengkid. Then aku teringat, aku bertudung. Kalau aku berambut pendek macam jantan pun, jangan ingat aku boleh buka tudung. Aku mesti terima hakikat yang aku nie perempuan.

Bukan itu saja. Aku juga terfikirkan Ana. Memandang sebelum-sebelum nie Ana memang ada ajak aku keluar gy banda dengan dia tapi parents aku tak kasi, aku terbayang kalau-kalau aku berpakaian macam tue and then sebelah aku tue Ana. Seorang perempuan yang cantik, independent, and sopan. Aku sedar apa yang cuba aku bayangkan. Aku imagine kalau Ana tue gf aku.

Aku mula risau pasal diri aku. Identiti aku. Hati aku. Dan tak lupa. Nafsu perempuan aku. Kalau hilang satu nafsu yang penting tue, aku rasa takkan lengkap lagi diri aku sebagai perempuan. Hati aku semakin tertutup. Dan nafsu syaitan mula perlahan-lahan menguasai ruang hati aku. Itu yang perlu aku tentang. Itu yang mesti aku lawan!



'Ana' Aku

Aku ada post dalan FB aku...

"aku tak sedap hati sebab kau. sebab diri aku dan kau. tapi apa yang kau tahu? apa yang kau nampak? dekat macam manapun kita, kau takkan dapat dengar apa yang sedang berbisik di hati aku. =("


Then, Ana komen...
hah , apesal lagi nih ?


Aku tersenyum. Gembira. Itulah Ana. She's caring and always wanna share and hear. Kalau aku nak beritahu kenapa aku post status yang macam tue. Tapi tak boleh. Aku takut kehilangan dia. Tak kira as friend or somebody that I 'love'.

Kalau aku beritahu dia, maybe aku akan cakap camnie....

"Ana,
aku nak citer kat kau sesuatu nie.
Aku....suka kat kau.
Suka...yang lebih daripada kawan.
Aku tahu nie salah.
Tapi aku penat.
Penat simpan rahsia nie sorang-sorang.
Penat lawan sorang-sorang.
Sorry...
Hope kau tak bencikan aku."



Ingin Mencuba

Kali nie aku nak bercerita sikit pasal semangat ingin mencuba. Macam yang kita tahu, remaja nie memang suka mencuba banyak perkara. Tak kira lah positif ke negatif. Dua-dua main bantai je. Termasuklah 'cinta'. Tengoklah zaman sekarang. Bukan sekarang. Dulu-dulu pun dah ada pelajar sekolah yang dah pandai bercinta. Termasuklah aku. Ehem! Aku 16 ok.

Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah Form1, kiranya aku dah banyak kali main-main cinta. Tapi bila dah Form1, aku stop. Sebab apa? Sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Iaitu pengalaman. Bukan ke itu yang kita si anak remaja nie cari? Pengalaman. Sepupu aku dah banyak kali tukar tempat keje. Mula-mula aku ingat dia yang cerewet. Rupa-rupanya nak cari pengalaman. So aku dah dapat pengalaman dalam percintaan. Aku dah dapat perasaan sayang, kasih, sedih, menyesal, kecewa, marah, serba salah dan sebagainya dalam percintaan. So, cukup-cukuplah. Aku dah puas bermain cinta. Daripada level hangat-hangat taik ayam sampailah bagai pungguk merindukan bulan. Enough!

Memang lumrah lah kan. Manusia takkan berhenti selagi tak dapat hasil dalam apa saja yang dikerjakannya. Sama ada pengajaran, akibat, hikmah ataupun habuan. Sekarang, aku rasa aku sedang mempunyai rasa ingin cuba dunia pengkid. Sebab tue aku ada perasaan aneh terhadap Ana(bukan nama sebenar). Tapi....nie benda negatif kan? Selagi aku boleh halang diri aku daripada melakukannya, aku takkan buat benda nie. Aku sedang 'fall in love' dengan Ana tapi aku akan cuba untuk melawannya. Even ada masa aku jadi lemah and hampir mengalah.


Kerana Kau, Ana

Hmm....hari nie mood aku memang shit! since pagi tadi aku rasa tak sedap hati. Dada nie rasa sakit je. Hari nie juga aku kena datang sekolah tadi. Ada keje kat library. Sebaik saja aku sampai kat sekolah, aku tengok geng-geng yang lain belum sampai. Tapi tak lama tue, aku nampak Ina(bukan nama sebenar). Dia geng aku yang pertama sampai. Then, kitorang tunggu geng yang lain sampai satu jam. Tak tahu pulak diorang datang pukul 8 pagi. Sepanjang kitorang tunggu geng-geng yang lain, aku asyik terfikirkan Ana. Aku asyik tanya dalam hati aku, "Bila Ana nak datang nie?". Pada masa yang sama, makin aku fikirkan Ana, makin sakit dada aku.

Bila Ana and geng yang lain dah sampai, tiba-tiba aku bad mood. Aku tak tegur pun Ana. Seriously, dada aku sakit giler. Sampai aku nak bernafas pun rasa sesak. Nak menangis pun ada. And bila kitorang dah masuk library, cikgu suruh kitorang baik pulih buku-buku library yang dah lama. Aku, Ana, Ina and Ida duduk sama-sama. Aku duduk sebelah Ina. Tapi selepas tue, cikgu panggil Ina untuk tolong dia. Tempat Ina kosong and kat sebelah tempat Ina ialah Ana. Firstly, aku tak rasa nak duduk  kat tempat Ina(sebelah Ana). Tapi lepas tue, aku duduk juga sebelah Ana. Entah kenapa, aku rasa lebih selesa bila duduk sebelah Ana.

Aku ada mengadu pada diorang yang aku tak sedap hati. Tapi aku tak kasi tahu pun sebab apa. Siapa lah yang tahu. Aku tak sedap hati, tak senang duduk sebab kau Ana. Aku melawan perasaan nie tapi pada masa yang sama aku terpaksa menurutinya. Susah Ana. Sangat susah! Kat library, aku asyik rasa nak dekat dengan Ana je. Aku tahu aku menyeksa diri aku dengan menurut kata 'hati' aku tue. Tapi....honestly aku dah mula lemah. Malah semakin lemah bila ada Ana di hadapan aku. Ana.....maaf...Aku dah buat silap.


Sharing Is Caring

Sharing Is Caring? Ya ke? Betul lah tue. Kot? Aku nie wish sangat dapat share masalah aku nie dengan BFF aku. Especially, Ana(bukan nama sebenar).  Aku prefer dia sebab aku memang selesa bila share cerita dengan dia. Tapi yang jadi masalahnya, dia pun terlibat sama dalam masalah aku nie. Aku mengalami kekeliruan perasaan. Or secara terusnya, aku 'fall in love' dengan dia. What The SHIT!! Ingat aku nak ke jadi macam tue?? Bukan itu saja masalah aku. Aku ada niat nak jadi Pengkid. Tak tahu lah bila atau macam mana tapi aku try hard untuk tak tunaikan niat aku tue. Hmm....aku penat simpan masalah nie sorang-sorang.

Actually masalah nie bukan baru lagi bagi aku, sebenarnya since umur aku 13 tahun aku dah menghadapi, menghidapi masalah nie. Dulu aku 'fall in love' dengan Jia(bukan nama sebenar). Tapi Jia tak tahu pun. Masa tue pun aku lawan perasaan tue sorang-sorang.

Sekarang, aku rasa aku 'fall in love' dekat Ana. Tapi takkan kali nie pun aku kena jauhkan diri and renggangkan friendship kitorang macam mana aku buat dekat Jia dulu??? Aku tak sanggup. Aku tak sanggup kehilangan 3 kawan sekaligus.

BFF aku ada 3. Ana, Ina and Ida. Kalau hubungan aku dengan Ana renggang, sekaligus hubungan kitorang berempat juga maybe akan ikut renggang. And kalau Ina and Ida prefer Ana daripada aku, aku akan keseorangan. Sure nanti aku akan berkawan dengan budak-budak yang tak bermoral. Tak mustahil diorang ialah Pengkid. Sebab memang susah nak cari kawan yang baik dan mampu bawa kita ke jalan yang baik. Ana, Ina and Ida ialah kawan yang terbaik yang aku pernah ada. Jadi, solusinya. Nampaknya terpaksalah aku simpan saja masalah aku nie. Masalah aku 'fall in love' dengan Ana. Masalah aku berniat nak jadi Pengkid. Akan tetap menjadi rahisa aku seorang. Hmmm....


Aku dan Ina

Tadi petang aku buat study group dengan Ina and Ida. Sebelum study, as usual solatlah dulu coz kitorang balik dari sekolah terus ke rumah Ida. Aku solat dalam bilik depan. Ina pun masuk sekali. Ida pula solat dekat bilik dia. Lepas aku siap solat, aku tengok Ina dah tertidur. That time.....'naluri' tue datang. Aku try hard lawan benda tue. Terfikir juga, mesti ada yang kurang dalam solat aku tadi. Lepas siap lipat telekung and sejadah, aku duduk di tepi katil. Ina still tengah tidur. Aku tak pandang pun dia. Takut-takut hasutan syaitan semakin kuat. Aku gelisah. Tak lama tue, Ina bangun.

Tak pasal-pasal dia bercerita pasal tahi lalat. Haishh....minah niyh! Dia tanya aku whether aku ada tahi lalat tak kat leher. Aku jawab je tak tahu. Macam tak ada keje lain je mencari tahi lalat. Adesss~ Lepas tue, Ina sibuk nak cari. Aku dah rasa lain. Semacam je. Then tak lama tue Ina cakap ada. Oh! Aku ada rupanya tahi lalat di leher ya. Ina tunjuk pula tahi lalat di leher dia. Aku just pandang gitu-gitu je. Seriously, aku memang dah meremang giler.

Kemudian, si Ina nie tukar topik pulak. Topik Kahwin pulak. Haiyaa~ dia cakap kalau dia kahwin nanti nak bertemakan putih dan pink. Lepas tue, dia bercerita pula pasal kenapa artis kahwin mesti pakai baju putih. Dia kata sebab diorang fikir perkahwinan tue permulaan hidup yang akan diorang corakan nanti. Tak tertinggal juga dia bercerita pasal hantaran. Aduhai~~ minah niyh....dah ready je gayanya. Yang aku nie just layan jelaah. Entahlah. Tak ada lah aku tertarik sangat nak bercerita pasal perkahwinan nie. So, just dengar jelaah. Alamaklum, Ina nie memang banyak cakap. Hmm...



PERINGATAN! : Nama yang aku guna bukanlah nama sebenar.



Puppy Love ke Babi Siot? Upss!

Aku dulu ada seorang boyfriend. Kitorang kenal since sekolah rendah lagi in Year5. Then, hari ke hari hubungan kitorang semakin rapat and jadi kawan. Tambahan, rumah kitorang pun dekat. In Year 6, kitorang start couple. During his birthday, aku kasi dia present. Masa itu adalah first time aku beri hadiah dekat lelaki. Kiranya, he was the first lah. Bila kitorang naik ke sekolah menengah in Form 1, hubungan kitorang semakin renggang. Hari demi hari, aku jarang nampak kelibat dia. Lastly, I realized that he had already leave me. Without any words, we break up.

In Form 2, aku ingat aku dah lupakan dia. Rupanya tak. Hari demi hari, aku menanggung sakit seorang diri. Hal tue berlanjutan hingga ke Form 3. Since my father bought me a laptop, aku mula terfikir untuk cari jalan supaya dapat mendekati dia. Aku buat FB account. Tujuannya, aku nak mendekati dia. Aku guna nama typo, hope dia tak kenal aku. Aku add dia as friend and dia approved. Our first chat was fine and full of joke. But then, lama-kelamaan bila aku ajak chat masa dia on9, dia tak reply. Mula-mula tue aku fikir maybe dia busy melayan ramai frenz yang lain. Tapi, akhirnya aku syak maybe dia dah tahu siapa aku.

Bila aku rindukan dia, aku view FB dia. Ada ketika tue, aku nampak banyak pic seorang perempuan nie yang amat aku kenal wajahnya ditag padanya. Who knows, she was his girlfriend. Tak lama tue, perempuan tue add aku kat FB. Awal-awal chat, minah tu dah tanya aku whether aku still suka BF dia lagi ke tak. Aku just being honest. Aku jawab YES. Even though, kitorang selalu chat. Perempuan tue suka sangat update citew-citwe pasal BF dia dekat aku. Aku just baca dan layan jelaah...Sakit tak sakit. Aku juga yang tanggung.

Pada suatu hari, chatbox exBF aku timbul. It started with 'Hai'. Then, aku pun balas dengan 'Hai'. Tak naklah lebih-lebih even dalam hati teruja giler gaban! Then, dia senyap. Aku tak boleh tahan. Nak sangat chat dengan dia. So aku tanya, "Apa khabar?". Then he replied, "Awak. Ni saya lah. Sya(bukan nama sebenar)." Babi giler babeng! Rupa-rupanya yang online FB tue perempuan tue. Automatik aku sesak nafas and dada aku rasa sakit sangat. Rasa macam tiba-tiba ada kaca tertusuk di dada. Akhirnya aku menangis. Siapa tahu? Siapa dengar? Aku menangis sambil ketawa. Ketawa sebab aku bodoh sampai tertipu hanya dengan ucapan "Hai". Aku menangis sebab aku berasa sangat-sangat tersangatlah kecewa.

Sebelum cuti sekolah 2011, aku dapat komen dari exBF aku. Dia kata, "Woi! Kau jangan kacau lagi aku dengan Sya(bukan nama sebenar). Antara kita dah tak ada apa-apa." Aku just tersenyum je baca komen tue. Aku tak menangis. Dalam hati aku berkata, "Selama 3 tahun. Baru sekarang kau nak luahkannya? Adakah ini bererti aku tak perlu menunggu lagi?". Ya! Aku tak perlu menunggu lagi. Selepas aku baca komen tue, and tak lupa juga komen Sya di bawah komen mat tue,"Apa nie sayang...", aku blocked kedua-duanya. Automatik, kitorang putus hubungan. Fine. Aku takkan kacau korang.

In this year, 2012, Sya ada datang pada aku dan tanya kenapa aku block dia. Aku kalau boleh tak nak berjumpa dengan perempuan tue. Aku teragak-agak nak jawab soalan Sya. Untung pada waktu tue Ina(bukan nama sebenar) datang dan ajak aku beratur. So, aku ambil kesempatan tue untuk tak jawab soalan Sya tadi. Aku benci bila berhadapan dengan Sya sebab aku tahu aku menipu diri aku. Tapi aku tak dapat nak benci Sya sebab dia memang baik dan tak layak dibenci. Dia pengawas di sekolah. Sometimes tue, aku curi-curi juga pandang dia. Rindu pula dengan persahabatan antara kitorang dulu.

Ada satu hari tue aku unblocked Sya and view her FB. Awal-awal buka aku dah nampak cover FB dia pic dia dengan exBF. Aku cepat-cepat tutup tab and block dia semula. Sumpah! Aku takkan unblock diorang lagi. Forever BLOCK!!

Insan

Aku nie anak tunggal. Dulu masa umur kanak-kanak, aku best friend dengan Tomboy(jauh lebih tua daripada aku). Segala perangai celaka dia ajar aku. Tapi bila aku dah pindah, then perangai-perangai celaka tue hilang sikit demi sikit. Lepas tue, bila aku datang rumah dia(aku dah 10 tahun), dia dah berubah pun. Suara lembut macam perempuan. Perangai pun dah ok.

Masa umur aku 8 tahun, aku baru masuk sekolah agama dalam Tahun 1(7 tahun). Result aku terbaik. Selalu dapat nombor 1st. Tapi yang slack, bila time ujian amali, aku tak tahu macam mana nak solat. Seriously, aku memang bengang masa tue. Tapi masa tue, pakwe aku pun tak tahu solat. Hahahaha....poyo~ *kecik-kecik dah pandai bercinta kan....*

Masa darjah 4(10 tahun), aku dengan kawan-kawan masuk ke dalam surau dekat dengan rumah kitorang. Diorang kata diorang nak solat. Seriously, masa aku nak masuk ruang ambil wuduk, kaki aku menggigil. Macam ada benda yang menghalang aku daripada masuk ke dalam. Lastly, aku duduk dekat tepi pintu sambil menangis. Kawan aku tanya aku, kenapa aku nangis. Aku jawab, aku takut. Aku tak tahu solat. Then, dia pujuk aku and ajar aku solat.

Sekarang, aku tahu macam mana nak solat. Tapi, jarang buat. Kadang-kadang tue sebab lalai tak pun sengaja tinggalkan. Bila aku rajin solat, perasaan tue datang sekejap je. Nak tahu sebab apa? Sebab aku mudah rasa bosan. Bosan sebab aku solat sorang-sorang. Bosan sebab aku berdoa sorang-sorang. Faham-faham jelah kan...

Ustaz kata, kalau nak berubah, ia bermula daripada kita. Masalahnya, aku tak pernah ada kesungguhan yang tetap. Aku mudah putus asa bila aku mula rasa penat dan bosan. Aku dah baligh. Aku beribadah sendiri. Aku buat dosa pun sendiri. Mati nanti pun sendiri. Di akhirat juga sendiri. Adakah itu memang lumrah hidup dunia & akhirat?? Di dunia ini juga aku tak mampu berdikari. Berdiri sendiri. Beribadah sendiri dan sendirian. Bagaimana pula nanti di akhirat???

Aku sememangnya antara insan yang terlalu amat lemah sekali....
Di sisi dan di dalam aku kosong.....



Rindu Ana

Tadi aku sms Ana(bukan nama sebenar). Aku dapat tahu dia demam. Patutlah since last week dia tak datang sekolah. Tetiba rasa rindu dekat BestFriendEva aku nie. Dia kata esok dia datang sekolah. Tapi actually dia still demam. Hmmm..... mesti teruk kan? Hope, Ana cepat sembuh. Since last 2 weeks, kita jarang jumpa. Apa lagi bertegur. Yalah. Aku busy dengan latihan kawat kaki daerah. Yang tertanya-tanya dalam hati aku sekarang, "Aku ada 2 orang BestFriendEva yang aku jarang jumpa since last 2 weeks. Tapi aku most rindukan Ana hari nie?".




Cinta Tak Menjamin Apa-apa

Am,
aku rasa kau puppy love aku yang terakhir,
malah aku harap macam tue juga.
2 tahun kapel dengan kau,
3 tahun(2+1) aku syok sendiri,
4 tahun(2+2),
sekarang hidup aku berubah denga ketara.
Tapi aku cuba kawal keketaraan tue.
Les...Pengx....
WTF ?!!!
Itu bukan hidup aku!!
bukan jalan aku!!
aku takkan jadi macam tue!!
kedua-duanya dunia yang mengerikan.
Kau tahu tak?
Aku nie dah macam jarum kompas magnetik.
Les...Pengx...tue dah macam kutub utara yang selalu paksa aku untuk menuju ke arahnya.
Padahal aku sedang menuju ke arah yang lain.
Macam SIOT!!!
Aku penat sorang-sorang....
Aku mengah sorang-sorang...
malah kadang-kadang aku kalah....
pun sorang-sorang....
PENAT der lawan semua nie.
Kalau aku mengalah,
geren takkan dapat patah balik.
Hope,
one day aku dapat berhenti berlawan.
Am,
Hebatnya penangan cinta kau.
Aku rasa memang dah macam anak anjing kurap kena sepak(tampar&terajang).
Aku rasa macam monyet ditarik ekor kemudian dilambung.
SAKIT !!!

Penenang

As usual. Aku bila dah tongong, ngok-ngek, mesti akan jumpa sesuatu yang menenangkan dan menyenangkan. Tadi aku menggigil, kusut, tak keruan pasal dunia Pengkid yang menakutkan. Sekarang, gigilan dan tak keruan itu semakin mereda selepas aku baca entry nie. Al-Fatihah buat Annisa.....

http://pelangi6767.blogspot.com/2010/07/kisah-benar-taubatnya-seorang-pengkid.html

Shit !!

Memang shit giler aku hari nie. Nak sangat view psl Pengx. Kan dah kena!! Macam...macm....aku tak tahu macam apa tapi TERUK tak terkata !!! SHIT!!!

http://djilat.blogspot.com/2011/03/cinta-pengkid.html

Sialan !!

This summary is not available. Please click here to view the post.

Keliru

Aku tak tahu aku ni macam mana sebenarnya? Yang aku tahu, jantina aku perempuan. Bila aku tengok atau tertengok gamba-gamba lesbian/ gay/ pengkid/ kiss, aku sendiri rasa geli-geleman. Tapi....aku sendiri kadang-kadang ada perasaan suka pada kaum sejenis. Bukan sayang sebagai kawan tapi lebih. Perasaan tu sekaligus akan ubah tingkah laku aku. Even ego aku pun. Apapun, kalau boleh aku nak hindarkan diri daripada semua benda yang negatif nie.

Salina Saibi ??

Larh~~ aku baru tahu yang jadi Sam dalam 'Aku Bukan Tomboy' tue Salina. Seyesly! Aku tak kenal giler muka dia. Tertanya-tanya je sape lah yang jadi watak Sam tue. Pergh! Lagak die memang jantan giler. Lakonan yang terbaeklah!

Aku baru je lepas view artikel nie....

http://www.wstarz.com/4254/salina-saibi-pakai-bengkung-untuk-sam/

Perjanjian Online

Korang ingat lagi tak dalam entry 'Ana' yang sebelum nie aku ada tulis pasal ex Ana nak mintak kapel balek? So, tadi aku sengaja godeh-godeh message box FB aku. Sambil-sambil tu aku cari juga dialog aku dengan ex Ana tu even dah setahun berlalu. Ini dia:


Aku
wei.de!!lu pahal nak awek gwa??

Dia
owh,, soey lh beb,,
xad niat pown nk rmpas

Aku
ha ha ha....nak lmr dpn2 ler.....xkan kat fb je kot??

Dia
hah???,
btol ke ko ni,,
???????????????????

Aku
dye report kat aq,kau nak wat relationship??nak kwn ke....'ehem'?????

Dia
kwn lh,, tp law ad jdoh,, kpel pown nk jgak.,,

Aku
ade syrt!!
*renangi air mata drh dye
*balut luka di hati dye
*kutip serpihan hati dye yg dah berkecai jd debu
3 je.....bukn sush pon...it's sooooo easy!!!
dah brape kali fikir??sanggup x??

Dia
dmi dy,, aq snggp

Aku
dmi dye...kalo camtu,kalo dye x trime kau,kau redha???????

Dia
xap aq redha,, sb jdoh,maut at tgn tuhan,,..
law xad jdoh aq ngan dy,, aq trime seadanye,,

Aku
but....pnwr dhatinyer brgkali adalh kau....kerna luke itu cme 1 puncenyer,tp dah cukop
menyiat sbhgn dr diri dye...kau yakin boleh ubati kesemuanyer??????!!!!!!

Dia
,, insyallh aq boley.,,
aq akn cube yg t`baek,,

Aku
aq nak ingatkn sesuatu....ape yg aq ckp td mgkin kdgrn like kiasan,tp honest semua tu tlh trbatin....jd ia bukn skdr kate2 pujangga!!!

Dia
oke,, aq xlpe kate2 ko 2,,

Aku
kau maseh blum lulos!!

Dia
hah???,
asl??

Aku
ha!!lg 1....smlm kwn aq nmpk kau cam cium tgn seseorg.sape??kkk angkat???or.......

Dia
eh2,, dy akk angkt aq,,.
bkn awex

Aku
oklah!caw dulu....ucap slmt berusaha jelah!!
assalamualaikum.

Dia
thnks,, komslam




*Ana tahu dialog ni. Sorilah Ana kalau entry nie menyakitkan hati Ana(kalau Ana baca).*

Sekarang, setahu aku Ana still single. Kitorang still 'Husband&Wife' on FB.

P/S : Masa aku godeh-godeh message box aku, ternampak juga dialog aku dengan ex aku. Macam SIOT!!!


Jiwa

Aku tak pernah tahu. Dan tak pernah belajar. Kalau jiwa kita boleh berubah mengikut umur. Jika dahulu percintaan di alam sekolah rendah tak ubah seperti main kahwin-kahwin, tapi semakin aku meningkat remaja aku merasakan percintaan itu seolah sesuatu yang perlu dijaga. Aku juga tak sangka. Ia melibatkan hati? Apabila aku jatuh cinta dengan ex aku yang dulu, rasa macam hati aku lengkap. Tapi siapa sangka? Aku mula sedar selngkap manapun hati aku sebenarnya aku cuma ada separuh hati. Bila dia pergi tinggalkan aku, baru aku sedar tentang tue. Rasa macam lumpuh separuh badan. Seolah malam dan siang bercampur. Dan itu sekaligus merubah jiwa aku. Firstly, aku mula punya jiwa yang DEGIL. Pelbagai jenis degil. 1) Degil untuk melupakan dan melepaskan. 2) Degil untuk terus mencintai. 3) Degil untuk menanti. Dan macam-macam 'degil'.

Daripada jiwa yang degil tue, aku mula punya jiwa yang KENTAL. 1) Aku kental menghadap dia di sekolah. 2) Aku kental bila nampak dia dengan awek baru. 3) Aku kental bila awek dia friend FB aku & guna FB dia semasa chat dengan aku. Macam BABI! (Ups! Maaf kesat. :p).

Tapi akhirnya aku aku matikan jiwa-jiwa yang bodoh itu. Macam SIOT bila aku sedar yang aku terpaksa berpura-pura baik, fine, ok, alright depan diorang. Macam BANGANG bila aku sedar aku terpaksa bakar hati aku sendiri demi tunjukan yang aku tak ada apa-apa. Sekarang, aku just pandang BADI saja dekat diorang tue.

Disebabkan percintaan ini juga, jiwa perempuan aku berubah. Dalam tempoh aku tak mampu lupakan ex aku, dalam tempoh aku tak mampu pandang lelaki lain selain dia, aku mula mencari haluan lain untuk mengisi kekosongan jiwa lain. Bagaimana? Itulah antara puncanya aku 'jatuh cinta' dekat Jia(bukan nama sebenar). Perempuan yang aku ceritakan dalam entry yang lepas.

Bukan mahu aku. Bukan kehendak aku nak suka dekat kaum sejenis. Tapi.....tahu sajalah. Bila jiwa kosong, dekat mana-mana pun syaitan boleh menyelit. Bila ruang jiwa kosong, bisikan syaitan pun bergema lebih kuat daripada laungan azan. Siapa tahu? Terseksa aku nak melawan semua ni. Sekarang, jiwa itu masih bersisa di hati aku. Sebab apa? Sebab jiwa aku kosong. Hati aku kosong. Terseksanya aku bila terpaksa berkeras menepis jiwa itu dengan istighfar dan doa. Hmmm....Agak-agak aku nie pengkid ke tak? Entahlah....aku tak boleh nak mengaku sebab aku sendiri tak nak jadi macam tue.


Lisan

Next week aku dengar ujian lisan Bahasa Melayu akan bermula. Masalahnya sekarang, aku still tak prepare apa-apa bahan. Actually dah ada tapi asyik ragu-ragu je. Sebab aku berniat nak buat syarahan atau ceramah pasal Pengkid. Agak-agak cikgu terima tak tajuk aku ni ek? Hish! Kalau boleh aku nak tajuk yang agak luar biasa and jarang dibuat orang. Tapi nanti cikgu cakap apa pulak....

Syaz

Kat sekolah aku ada seorang student perempuan ni. Syaz(bukan nama sebenar). Aku tak tahu kenapa, aku menyampah betul tengok dia. Lemah-lembut dia....sopan-santun dia kadang-kadang buat aku meluat. Bukanlah nak kata aku jealous sebab aku tak selembut, sesopan dia tapi dia kadang-kadang manja sangat. Sakit sikit pun dah tak larat. Penat sikit pun dah tak kuat. Ah! Sakit hati aku bila ingatkan balik. Sudahlah!

Bukan Naluriku


Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.

via: http://sujuelfarahin.blogspot.com/




Senior

Lately, aku ada masuk kawat kaki untuk pertandingan peringkat daerah. Aku masuk kawat kaki pengakap. Semua student yang masuk kawat kaki pengakap nie perempuan. And 50% darinya ialah senior, Form5. Aku tengok diorang nie sempoi je. Kalau melawak tu memang selamba derk. Aada 2 orang senior nie aku tengok akrab gila. Mana-mana pergi, berdua je. Tapi diorang normal just aku je otak kuning. Aku asyik imagine je kalau-kalau diorang tue Pengx. Lagi satu, tadi petang aku nampak Kak Nor(bukan nama sebenar) peluk Commander dari belakang. Aku tahu diorang bergurau tapi aku asyik fikir kalau-kalau diorang tue Pengs je. Memang shit lah! Otak aku nie kuning betul!

Ida

Semalam aku dengan Ida(bukan nama sebenar) kena kejar anjing masa kitorang nak balik sekolah. Cilaka punya anjing. Waktu tu, baru aku sedar yang aku ni pengecut. Macam perempuan.  Normal lah tu. Lepas tue, Ida mula gelabah. Dia cakap dia takut nak balik. Dia takut kena kejar anjing lagi. So, aku decided nak temankan dia balik. Alah~ bukan jauh pun. Untuk kawan. Aku just hantar dia separuh jalan je. Kira jalan yang dekat-dekat dengan rumah dialah. Sebelum dia pergi, dia sempat ucap terima kasih kat aku. That time, aku rasa aku nie macam penyelamat pula. Aku tahu ini lah yang dinamakan perasan. Tapi that timelah juga aku rasa diri aku nie macam lelaki yang baru sahaja menemani seorang perempuan yang ketakutan. Macam manapun, aku cepat-cepat tepis perasaan tu dan terus berjalan kaki balik ke rumah.

Ana

Sekarang aku sedang Best Friend dengan Ana(bukan nama sebenra). Kitorang dah berkawan baik since form 2. Dia dengan aku agak jauh beza. Coz dia ni cantik.. Ramai student lelaki dekat sekolah minat dia. Kadang-kadang tu jealous juga. Hohhoo... 2 minggu yang lepas, sekolah kitorang ada buat minggu sains & matematik. Kitorang masuk pertandingan pembentangan berkenaan plastik. Sebelum giliran kitorang tiba, kitorang sempatlah main-main, guarau-gurau. Ada masa tu dia duduk dekat dengan aku and rangkul tangan aku. Dia cakap,"Couple yuk! Takleh couple dengan lelaki, couple dengan perempuan." Aku tahu dia bergurau. Tapi kata-kata dia tu betul-betul buat aku sentap. Semakin lama, giliran kitorang semakin hampir. Dia sejuk sebab kitorang duduk dalam dewan yang ber-aircond. Dia pegang tangan aku. Seriously. Tangan dia memang sejuk. Masa dia pegang tangan aku, aku mula rasa berdebar-debar. Tapi aku terpaksa kawal diri aku. Aku tak pegang pun tangan dia. Setakat pegang macam acuh tak acuh je. Sebab aku tak nak rasa debar tu semakin kuat dan menguasai diri aku. Dalam keadaan berdebar tu aku ada tanya pada diri aku, "Kenapa nie?Takkanlah...." Takkan perasaan yang sama macam dulu datang balik? Sebenarnya, ini  bukan kali pertama aku rasa macam ni bila dengan dia, sebelum-sebelum ni pun ada. Tapi aku tak layan sangat sebab tak ada lah sampai berdebar-debar. Just terasa diri aku ni macam 'laki' dia. Lagipun, dekat FB kitorang partner,'Husband n Wife'. Even itu just main-main, tapi kadang-kadang tu aku rasa macam aku ni 'laki' dia. Aku ingat lagi bila ex dia datang pujuk dia. Dia cakap dekat ex dia suruh minta izin dekat 'pakwe' dia. Akulah tu. Then, ex dia pun minta(FB chatbox) pada aku yang dia nak couple balik dengan Ana. Aku balas boleh tapi ada aku bagi banyak syarat dekat mat tu. Masa aku bagi syarat-syarat tu, aku just fikir pasal Ana je. Aku tak nak dia nangis lagi sebab mat ni. Aku tak nak dia tak datang sekolah sebab tak boleh fokus cuma sebab mat ni. It's all about Ana. Syarat-syarat yang aku bagi kat mat tu bukan untuk main-main. Tapi aku serius. Alah~macam mat tu nampak muka serius aku dekat chatbox tu. Tapi, lastly mereka clash. Finally, Farrah 'back' pada aku. Relationship FB yang sebelumnya dengan mat tu(bila diorang couple balik), balik pada aku semula. Sampai sekarang. We still a partner,'Husband & Wife'. Aku tak tahu whether dia awek yang ke-2 aku suka? Yang aku tahu, aku sayang dia & aku kisah pasal dia.

Jia

Dulu aku ada kawan bernama Jia(bukan nama sebenar). Dia peramah, mesra....bagi aku she's different. Ada ketika, bila dia berjumpa dengan kawan-kawan dia, dia akan peluk diorang. Even diorang segan. Termasuklah aku. Dia selalu ambil tahu pasal aku. Bukanlah busybody, she just kind & nice. Dia selalu tanya pada aku whether aku dah lupakan ex aku ke belum. Well~ aku bukannya pandai menipu sangat. So, I tell the truth. NOPE! Even aku dah clash dengan mat tu since last year. Dia ada kasi tips dekat aku. Kalau nak lupakan ex, cuba buang semua barang-barang yang berkaitan dengan aku& si ex. Seriously, cara dia cakap tu bersemangat betul. Ada satu lagi benda yang menarik pasal dia. Dia seorang yang manja. Even dia anak murid taekwando, dia manja dengan aku dan kawan-kawan yang lain. Ada masa tu, bila dia berjalan dengan aku, selamba dia rangkul tangan dia kat tangan aku. That time lah, aku mula merasakan perasaan yang aneh. Aku rasa berdebar-debar dan aku mula merasakan ego bagai seorang lelaki. Seolah-olah, yang merangkul tangan aku tu awek aku. Hal tu tak berlaku sekali. Makin lama, semakin kerap. Lastly, aku decide untuk jauhkan diri dari dia. Aku tak boleh terus begitu. Malangnya, ia terlalu susah. Even aku menjauhkan diri, dia yang datang mendekati aku. Ada masa tu dia tanya aku, kenapa aku macam jauhkan diri dari dia. Dia jarang nampak aku. Tapi aku try lah cover. Aku cakap dia yang sombong. Ya. Memang sebelum-sebelum itu aku ada terserempak dengan dia. Tapi aku sengaja tak tegur dia. Sebab aku nak make sure aku betul-betul jauh dari dia. Yalah. Dahlah kitorang satu kelas. Pokoknya memang susahlah nak jauhkan diri dari dia. Lagi-lagi dia ni jenis yang tegur semua orang. Bila cuti sekolah akhir tahun datang, barulah aku dapat betul-betul jauhkan diri dari dia. Dan perasaan tu hilang begitu sahaja. Kiranya Jia ni awek yang pertama sekali aku suka. Bukan sebagai kawan. Tetapi lebih. Macam manapun, dia tak pernah tahu pasal ni.

The Beginning

Hai! Blog ini aku cipta untuk dijadikan tempat bagi aku luahkan segala apa yang buruk tentang aku. Apa yang aku rasa. Apa yang aku smbunyikan dari semua orang. Rasanya takkan ada follower di blog ini nanti. Well~ memang shit lah tuh. Hahahaha....


This Is Just
THE BEGINNING...

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com