Kasi Gurau or Kasi Mandul??


Hahahaa...tajuk macam selebet je kan? Siapalah yang nak dikasi mandul tu? Wahahahaha! Ok. Actually, nak cerita sikit pasal hal kat sekolah pagi tadi. Selepas waktu rehat habis, aku and Ina sempatlah temankan Ida gy tandas. Kitorang doq lepak kat luar je. Then, sudden nampak sekumpulan budak-2 cina dekat garaj tak jauh dari tempat kitorang berdiri. Aku dengan Ina pun doq tengoklah dari jauh kejadah yang diorang buat tu. Ingatkan nak gado ke hape. Rupa-rupanya....

Diorang angkat sorang member diorang and dekatkan kaki member diorang tu dengan tiang garaj. Nak lebih details, tiang tue berada di antara dua kaki member tue. Then, hape lagi? Kasi hentaklah. Macam shit je diorang ni kan? Nanti kalau mandul, naye kau. Cikgu pernah tegur pasal benda nie. Katanya itu cara budak-2 cina bergurau. Macam shit! Itu bukan bergurau der. Itu kasi mandul. Choi! Suwey ah lu budak. Hahaha...Peace~




Syok~



Hip! Aku tengah ushar satu blog nie. Perghh~ entry BEST-2 babe. Tak payah tanyalah. Of coz aku ushar blog-2 pengkid. Hehheee..Yang jadi masalahnya, disable commentlah pulak~ bukan tu je. disable follower gadget jugak. Halamakaii...berasap nie weyh nak follow. Subcribe? Taik ah. Macam rajin sangat je aku nak ushar inbox email aku. Hampeh~~ nak baca jugak? SINI.

Inginkan Perubahan


Assalamualaikum. Hai! Tajuk hari nie ialah 'Inginkan Perubahan'. Err...korang ada rasa nak berubah tak? Means, berubah ke arah yang baik dan lebih baiklah. Jangan pula yang negatif. Hihii...

Ok. Kalau kita nak berubah, make sure tekadkan dalam hati tu betul-betul nak berubah. Jangan cakap tak serupa bikin meyh. Aku faham. Memang susah nak berubah. Tapi itulah istimewanya. Ya tak? Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan tu, barulah terasa nikmat hasilnya nanti!

Ok. One more, kalau nak berubah make sure janganlah ragu-ragu. Tetapkan hati. Kalau korang ragu-ragu, aku tak rasa korang akan berubah. Hehhee.. Eh! Ada yang tanya aku whether aku nak berubah ke tak? Still nak jadi pengkid? Lesss...Excuse me, dear. Aku bukan official pengkid. And tak juga terhingin pulak aku nak jadi less. Apa masalah yang aku hadapi sekarang sebenarnya ialah hati aku. So, DON'T EVER TRY THIS IN YOUR LIFE.

Honestly, aku tak tergerak untuk tetapkan hati aku. Tak faham? Adesss...macam mana nak explain eh? Here. First, aku takut nak buka mata dan hati aku untuk lelaki except my only father. Second, aku takut nak sayang lelaki except my only father. Third, korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan "I DON'T NEED MAN BUT I NEED LOVE"??

Sejujur dengan sejujurnya, aku ingin merasakan diri aku ini memang disayangi seseorang yang bebas untuk dibuat kawan, family, siblings, or maybe more than that? Aku ada parents. Bukan nak kata diorang tak sayang aku. Aku percaya diorang antara insan yang paling menyayangi aku selain Allah s.w.t. dan Rasulullah. Tapi....entahlah. Aku tak pernah rasa bebas untuk berkongsi segalanya dengan diorang. It was like, my bussiness is mine not theirs. Aku...entahlah..maybe aku terlalu jaga privacy and personal aku.


Aku suka hidup dalam dunia sendiri tapi at the same time aku nak jugak somebody cuba menghidupkan lagi dunia aku nie. Dengan parents, aku susah nak berlaku jujur. Kalau aku sedih, sakit hati, tension, emotional, etc., I just said "NOTHING". Nothing yang aku rasa patut aku berkongsi dengan diorang. Nothing yang aku rasa aku patut cerita kat diorang. So, that's why aku dilabelkan sebagai seorang yang secretive.

Aku usually being honest dengan kawan-kawan about my own life. Including masalah ibadah, akidah and sebagainya. Tapi....ada certain things jugak yang aku tak dapat nak share dengan diorang. So, adakah orang yang dapat menjadi tempat untuk kita lepaskan tekanan dan tak perlu memendam terlalu lama? Adakah orang yang benar-benar sudi memahami kita sesungguhnya? Adakah orang yang sudi membuat kita merasakan yang diri kita ini sebenar-benarnya ada?

Mungkin...mungkin aku terlalu terasa sunyi dengan hidup aku. Hati aku. Walaupun Allah s.w.t. itu ada di mana-mana dan Dialah satu-satunya yang sentiasa ada bersama kita, tapi pernah tak korang berasa tertekan selepas meluahkan segalanya kepadaNya? Pernah tak selepas korang lipat sejadah and telekung, then duduk di tepi katil and sudden korang menangis? Hati korang sakit? Pernah tak korang menangis sampai tekak, tengkuk, leher, urat di bahagian leher korang sakit sebab tahan diri daripada menjerit atau bertindak di luar kawalan?

Pernah tak korang tenung sesuatu yang tajam dan bayangkan darah korang mengalir padanya? Mungkin tangan korang tercucuk padanya? Mungkin leher korang? Mungkin perut korang? Pernah tak bila korang menangis di tempat yang tiada orang especially your own room but the same time korang hope ada orang dapat rasa kesedihan korang dan melulu masuk ke dalam bilik and pujuk korang? Pernah tak korang tenung wajah korang di cermin selepas menangis dengan hati yang masih panas dan menahan diri daripada menumbuk cermin itu? Pernah tak korang rasa korang nak bunuh diri??


Apa yang aku soalkan itu ialah apa yang telah aku lalui dan aku masih try hard untuk mengawal diri aku. Tapi...you know what? Bila korang set mind korang supaya kawal emosi korang yang ikutkan memang dah over limited and at the same time set mind korang jugak supaya kawal tindak-tanduk korang, it just same like korang makan hati. Bila terlalu banyak makan hati, ia akan mula makan diri. And then, BOOM!! Lu hagaklah sendiri.

Ok. Enough for that. Aku rasa aku dah keluar dari main title niyh. But, never mindlah. Blog aku. Entry aku. Suke akulah nak tulis apa. Ya tak? Hahahaa... Bye. Peace~





Question Marks ????



Err...aku tak tahu apa patut ke aku tulis semua yang bermain dalam kepala dan hati aku nie or not. Aku takut kalau apa yang akan aku tulis ini mungkin melanggar undang-undang? Tapi aku cuma nak menyuarakan apa yang tertanya-tanya dalam hati aku. Plus, aku still remaja under age. Ada benda yang aku curious nak tahu. Contohnya yang ini.

Beberapa minggu lalu ada berita mengenai penguatkuasaan tindakan undang-undang terhadap pengkid , pondan, nyah , etc right? Seingat aku ada disebut mengenai hukuman penjara dan denda. Tapi aku tak ingat berapa lama hukuman penjara dan berapa jumlah denda. Aku tertanya-tanya.

Sepanjang tempoh pesalah yang berada di dalam penjara, apakah yang dilakukan terhadapnya? Adakah didikan atau bimbingan agama untuk pesalah-2 ini? Atau adakah ia cuma diadakan pada Hari Jumaat? Kalau penagih dadah ada pusat serenti/pemulihan, pesakit mental ada pusat tampoi, wanita-2 malang ada pusat-2nya yang tersendiri, jadi...ada ke pusat-pusat pemulihan untuk pengkid????? Aku still tertanya-tanya tentang ini.

Aku try search dalam any web, especially web e-fatwa, apa yang aku jumpa nothing. Mereka hanya menjelaskan mengenai hukum menjadi pengkid. Ya. Aku pun tahu HARAM. Ikutkan, hal ini tiada hukumannya kan?*betulkan kalau aku salah Sebab hukumannya terletak padaNya. Tapi kita manusia yang diberi hak untuk menjaga bumi ni mestilah mahu yang baik-2 saja. Ya tak?

So, berbalik pada soalan aku. Ada ke pusat-2 pemulihan untuk pengkid? Mengikut pengalaman aku sendiri yang almost terpengaruh, di rumah mahupun di sekolah, didikan agama tidak pernah cukup. Jadi, maybe whether di rumah or anywhere, kami tidak dapat apa yang dikatakan cahaya iman yang sebenar. Yang halus. Yang sinarnya lebih indah daripada sinaran matahari pagi. So, bagi aku tempat-2 khas untuk golongan ini menemui cahaya iman yang sebenar perlu ditubuhkan.

Totally, aku still terpinga-pinga. Bingung. Ada ke pusat-2 khas untuk pengkid??? Takkan mereka sekadar ditempatkan di penjara sama seperti mat rempit, perogol, penyamun, etc. yang ada di dalam sana?

Kalau aku tanya parents aku mengenai ini, aku sure mereka akan kata "masuklah penjara kalau nak tahu." Pfft! Never being serious... (-..-)

Sebenarnya cuma 2 soalan saja yang bermain dalam fikiran aku.
1. Apa yang dilakukan kepada pesalah sepanjang mereka berada di dalam penjara????
2. Adakah pusat-pusat khas untuk golongan pengkid untuk memulihkan diri????

Bagi yang ada jawapan lengkap, silakan jelaskan sepanjang habis. Aku mesti baca. Peace~








Woi! Tak Tahu Penat Ape?!!



Yosh! Perghh~ rumah tak ada karen seyh. Berasap aku dalam bilik nie. Hadap pulak laptop yang semakin panas niyh. Hihii..Alang-2 suasana sekarang nie panas, nie aku nak kasi cerita 'panas' aku time at sekolah pagi tadi.

Pagi tadi ada Hari Sukan at sekolah aku. Aku nie pulak anak platun kawad kaki. Tak payah sebutlah eh yang aku nie pasukan PPIM. Eh! Tersebut pulak. Hahaha...Ok-2. Kira-kira dekat satu jam jugak kot aku kena panggang tengah-2 panas tu. Tapi, fine je. Aku memang minat kawad kaki. Sakit, panas tu biasalah.

Then, lepas berkawad surelah penat beb. Kaki nie kasi nak tendang je mana-mana benda. Tangan ni pun sama. Tapi minah-2 nie tak tahu penat ke, woi?!! Aku hangin betol! Kata nak hantar sepanduk ke surau tapi still lagi doq tercegat sibuk nak tengok Encik abang-2 montel tarik tali. Poyo je~

Yang aku nie memang dah penat giler babeng ah! Aku tanya bila lagi nak hantar sepanduk, minah-2 nie buat muka bangun tido pulak. Macam siot! Last-2 aku blah duduk jauh-2 dari diorang. Macam orang baru break up pun ada. Yalah. Mana taknya? Sepanduk yang serba pink berbulu tu diam je kat sebelah aku. Yang aku paling hangin, Ana pun seanjung dengan diorang. Penat aku!

Tak lama tu, Ida datang. Aku pun trylah tenangkan diri aku. Takkan aku nak sound dia pulak. Dia nie mudah kecik aty. Biasalah pompuan. Buatnya dia menangis? Parah aku! Hahaha...Oklah. Ni je. Bye. Peace~

P/S : Pasukan kitorang dapat naib johan you. Terbaekkk jugak awex-2 nie. LOL~



Tak Faham~



Yaw! What's up? Haih...jap lagi nak kena back to school naik moto dengan Ana. Ngehehehe...Ada latihan kawad kaki & rehearsal koir. Yaww! Wa masuk koir you. Jelly? Alah. Sore kitew bukan sodap sangat pun. Asal boleh. Hahaha..

Tajuk hari ni is "Tak Faham~". Aku tak faham betul dengan minah-2 yang asyik bercakap kosong non-stop plus bergelak mengalahkan jantan. Ergh! Ada yang dah berang ke dengan statement aku ni? Maaflah cik adik. Akak pun cuma nak lepaskan geram juga.

Tadi pagi ada raptai kawad kaki sempena hari sukan khamis nanti, that time aku memang serius nak buat raptai nie. Tapi minah-2 yang kat belakang aku nie asyik bergelak terbahak-bahak je. Rasa macam nak je aku buang kahak kat muka diorang. Actually, diorang kawan aku juga. Cuma kitorang tak rapat.

Err...adakah sebenarnya aku yang over act atau diorang? Seriously aku tak faham dengan perangai diorang. Dalam raptai ala-ala real pun still nak bergelak, bergerak, etc. asdgefghjk~ (-..-) Aku tahan je hangin aku dengan diorang. Rimas der dengan minah-2 nie.

Anak platun bahagian depan pun buntut berat! Masalahnya, buntut yang berat kot bukan tangan. Sayang-sayangku sekalian, angkatlah tangan tu. Takkkan tercabut punyalah tangan korang yang maskulin tu. Aaaaaarghh~! Tensen abang akak!

I'm a Liar



Hip! Aku tak ada story sebenarnya nie. Kebusanan! So, doq layan jelah hati yang tak keruan nie. Perghh~! Ayat macam mnx peluk. Hahahaha... Hmm. Oklah. Aku admitted yang aku nie seorang PEMBOHONG. Jahat kan bunyinya? Ya. Memang pun.

Bila aku makan hati, aku cakap "nothing".
Bila aku sakit hati pun, aku senyum.
Bila ada suatu masa tu aku rasa benih-2 marah+dendam dalam diri aku, aku cakap "dimaafkan".

So? Apa patut aku nilaikan diri aku nie?? Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin sebab terlalu kerap berbohong, sekarang aku tak tahu mana satu diri aku yang sebenar.

Aku rasa aku dah lupakan dia, tapi ada suatu masa aku teringatkan dia.
Aku rasa aku bencikan minah tu, tapi ada suatu masa aku teringatkan friendship kitorang dulu.

Err...apa lagi nak tulis ya? Ah! Layan jelah mood confusing aku niyh! Aku jahat sebab suka senangkan hati orang lain tapi suka biarkan diri sakit sorang-2. Bye. Peace~



Nasihat yang Terlambat



Jangan terlalu sering memaafkan,
kelak kau sendiri tidak dapat memaafkan diri sendiri
dan kehilangan perasaan maaf itu.

Jangan menganggap ringan dengan kata "tak apa",
kelak hati kau sendiri yang sakit berbisa dan tidak dapat merasakan apa-apa.

Jangan terlalu gemar makan hati,
kelak kau akan kehilangan hati kau sendiri.

Jangan terlalu gemar berkorban atau melakukan pengorbanan,
kelak kau sendiri tidak dapat menyelamatkan diri lagi.

Jangan terlalu kerap berbohong semata-mata untuk menjaga hati orang lain,
kelak kau tidak akan dapat mengenali mana satu kebenaran dan mana satu pembohongan dalam diri kau.

Jangan terlalu keras kepala dalam melakukan sesuatu perkara,
kelak hati kau juga akan menjadi keras.

Jangan terlalu cinta,
kelak kau sendiri tidak memperoleh apa-apa.

Okeyh. Enough for now. Petikan di atas anggaplah nasihat yang terlambat untuk diri aku. Tapi masih belum terlambat untuk korang yang still 'alive' dan baru nak mula 'hidup'.


'Jangan kejutkan aku.
Aku tak rasa aku dapat keluar dari kubur ni.'


Iqamat



Wowwowwoww~ tajuk entry agak waraq bunyinya. Hahaha...Apo kaber sume? Awek, camne korang pye relationship dgn boyfie? Ceyh! Bukan urusan aku! Ok-2. Dah lama tak hupdate. Haktuih namanya kondisiku stabil. Indonlah pulak. Kehkehkeh... Today punya cerita ialah...of coz about iqamat. Hahaha...

Hmm...nak tahu tak? Tak nak tak apa. Hari ni aku lafaz iqamat untuk jemaah. Aip! Siapa cakap aku iqamat untuk jemaah laki-2 tu? Wa iqamat untuk cik adik-cik adik yang solehah lah! Pfft! And agak-2 korang who was the imam? It was Ana! 

Kitorang ada event at sekolah. Kitorang solat berjemaah perempuan. Firstly, Ana suruh aku jadi imam tapi aku cakap aku tak pandai. Memey lah. Aku memang tak pernah sekalipun jadi imam dekat rumah. Nak-2 lagi kat sekolah? Mampuih!

Haih....awex-2 niyh lama bebenor nak pakai telekung. Aku dengan Ana doq syoklah membebel berdua pasal kelembaban diorang. Hahaha... Sebaik saja saf hadapan penuh, Ana suruh sesiapa bacakan iqamat. Tapi tak sesiapa pun baca. Then, Ana tunjuk aku. Pulak?!! Ok..ok... rilex... Nasib baik aku ingat macam mana rupa iqamat. Adehhh~ Lepas baca iqamat, Ana pun mengetuai jemaah.


Ok. Iqamat tu kira-kira aku ialah iqamat yang aku baca untuk kali ke-4. Tak percaya? Percayakan jelaah. 1st di sekolah rendah sewaktu ujian amali. 2nd di sekolah agama pun ujian amali. 3rd di sekolah menengah sewaktu P.A.F.A. 4th ialah hari ini. Perghhh~! Alhamdulillah aku still ingat iqamat.

Bayangkan jelah. Dekat rumah ni, siapalah yang nak aku imam kan. Aku solat pun kadang-2 tanpa imam? Faham-2 jelah. Peace~



Cerewet




Yaww! Esok dah sekolah. Sekejap je cuti kan. Yalah. Dua hari je kot. Esok mahu puasa ganti. So, mu-2 setan-2 sekalian, jangan nak doq rangsang nafsu aku. LOLzzz...Hahhaa... 

So, boys selalu bebel yang perempuan ni kalau cari baju punyalah lama. Macam orang sembelit dalam jamban. Eh,tak! Yang pasal sembelit tu, aku yang tambah. Tapi...perempuan-2 tu pilih baju lama sebab diorang nak yang cantik, colour biar cerah, ceria tak pun soft and sweet, ada lace and ala-ala gaun sikit. Tak kurang juga suka yang bereben. Ya tak? Jangan bohong meyh. Aku perempuan jugak. Tapi....lain pula dengan aku.

Petang tadi aku pergi shopping dengan Mak aku. Biasalah, anak tunggal. Takkan lepas punya kalau nak pergi shopping sorang-2 or dengan kawan pun. Mak aku kata, tunggu aku dah besar sikit, dah kerja nanti baru boleh. Adehhh~ aku nie tak cukup besar lagi rupanya. Tinggi aku 157 cm kot. Lagi tinggi daripada Mak. Hehhee....

So, nawaitu aku pergi shopping hari ni coz nak cari baju. Yep! Aku memang jarang3x beli baju niyh. Nak-2 beli baju jalan. Aku memang tak pernah nak ingat pun nak shop baju-baju segala ni. Tapi hari ni, teringat pula. Plus, aku dah busan asyik pakai baju yang sama plus dengan ala-ala gaun+blaus. Erkh! Panas!

Nak dijadikan cerita, semasa singgah kedai baju nie, aku doq pandang sebelah mata je baju-2 perempuan. Warna tak megah langsung! Corak? Hampehh~ Setelah doq asyik pusing-2 di tempat yang sama, berkenan juga aku dengan satu baju ni. Kain cotton. Ada kolar. Lengan paras siku. Never mind. Aku selalu pakai inner. Labuh menutup punggung. UNFORTUNATELY! Baju tu tak sempurna lengkaplah pulak! Kotor, jahitan pun ada yang dah terbukak. Padanlah digantung belakang-2. Slack betul! Ikutkan aku, baju tu memang dah superbbb babe! Memang dah termasuk dalam citarasa aku. Kosong, smart, berkolar, cotton. Tapi....adoyaiii~

Sebenarnya, masa doq kebusanan tengok baju-2 girls yang tak berapa nak megah bagi aku, aku jeling-2 jugak dekat part lelaki. Gilak ah! Seriously! Semua cantik-2! Smart! Nak-2 lagi jenis kainnya yang selesa je bila aku pegang. Arghh! Aku asyik cakap kat Mak aku yang aku cuma nak cari baju yang simple, kosong anda tak nak ketat-2 singkat-2 dengan reben-2 kejadah semua tu. Mak! Agak-2 Mak dapat tangkap tak maksud 'Ryuk'?! Ryuk maksudkan baju yang ala-2 lelaki!! Aishhh....takkan aku nak cakap kat Mak pulak yang sebenarnya aku most teringin nak beli baju lelaki~~~

Lastly, aku tak beli pun apa-apa baju. Aku beli seluar track saja. Well~ aku duduk bukan sopan sangat pun. Sekejap je dah koyak. Ups! Bocor rahsia. Hahhaa...Peace~

So, adakah aku antara perempuan yang pilih baju bagai sembelit dalam jamban? Cerewet??



INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com