Kehilangan




Aku menonton cerita yang menjadi antara kegemarannya. Cerita itu berkisarkan nilai-nilai kasih sayang, cinta, kesungguhan dan sebagainya. Jalan ceritanya tidak lepas dari realiti kehidupan yang semua manusia perlu tempuhi. Di dalam cerita itu, tidak lupa juga diselitkan aksi-aksi yang melucukan. Aku ketawa dengan besar melihatkan lawak-lawak yang dilakonkan oleh para pelakon. Namun tidak lama kemudian, aku mula teringat akan dirinya. Mengapa? Mengapa aku tidak merasakan perasaan itu sepertimana pertama kalinya aku menonton cerita itu? Sebenarnya, ini merupakan kali kedua aku menontonnya. Aku mula gelisah. Aku tertanya-tanya. Di mana dan ke manakah perasaan itu? Perasaan yang mana akan membuat aku tersenyum riang dan hatiku girang. Perasaan itu yang membuat aku merasakan bagai seseorang sedang meletakan tangannya pada bahuku dan mendekatkan aku padanya. Perasaan di mana membuat aku merasakan seolah-olah aku ketawa, bergembira bersamanya. Ke manakah hilangnya perasaan yang begitu? Untuk seketika, hatiku terasa pilu. Mengapa aku kehilangan perasaan itu? Bagaimana aku boleh kehilangannya? Usah berpura-pura seolah tidak mengetahui apa-apa lagi. Usah bertanya banyak seolah-olah sedang dibelenggu kekeliruan. Aku tahu akan sebab dan puncanya aku tidak dapat merasakan perasaan itu. Adakah kerana aku sudah tidak lagi mencintainya? Menyayanginya? Mengasihinya? Mengaguminya? Tidak. Bukan itu sebabnya. Aku masih mencintainya. Menyayanginya. Mengasihinya. Mengaguminya. Tetapi semua itu seakan sudah berkurangan. Seakan sudah tenggelam ke dasar hatiku yang dalam. Mengapa? Adakah aku sudah jemu mencintainya? Adakah aku sudah jemu menyayangi, mengasihi dan mengaguminya?? Tidak. Aku tidak jemu. Malah aku berjanji untuk tidak jemu. Tetapi kerana ada sesuatu yang sedang bertindih di atas perasaan itu. Aku sedang menduakan cinta aku kepadanya. Dan yang lebih kejam, cinta yang aku rasakan itu adalah salah. Perasaan cinta itu agak sentiasa dapatku rasakan kerana insan itu sentiasa ada bersamaku. Di hadapan, di belakang, di sisiku. Tetapi dia? Dia hanya khayalanku. Angan-anganku dan imaginasiku semata. Apabila aku benar-benar menerima kenyataan itu, sekelip mata perasaan itu akan berkurangan dan tenggelam. Sebaliknya, perasaan yang baru itu akan menonjolkan kuasa dan keghairahannya. Aku pernah mengatakan bahawa dia adalah penawar bagiku. Tetapi...untuk yang ini, sepertinya TIDAK.





Masa Kini



Ketika aku dan kau sedang menyimpul kasih
menyulam cinta
setiap tika itu bagaikan menghentikan detik-detik waktu
sebaliknya jantung ini berdegup bagai mengejar masa-masa itu

Namun ketika aku dan kau mentetas kasih
melerai cinta
sekaligus detak jantungku bagaikan terhenti
dan masa terus berputar dan berlalu
membawa dirimu jauh dariku

Dan pada hari ini
aku hidup tanpa merasakan detak pada jantungku
sebaliknya aku bermain-main dengan masa kiniku

Masa lalu itu telah ku padamkan menjadi habuk
berterbangan bersama kisah-kisah kau dan aku
meninggalkan aku yang kini




Insan Yangku Cintai




Sahabat,
dirimu adalah yang terbaik pernah ku miliki
insan yang baik berbudi indah pekerti
engkau sentiasa ingin memahami
dan sentiasa mengerti
engkau memujuk hati ini
dan mengesat titis sesalan ini

Sahabat,
bersamamu barulah terasa aku ini disayangi
barulah terasa ada yang mempedulikan kewujudan diriku ini
tetapi hari ini
terlalu besar kesilapanku ini
kerana hari ini kaulah insan yang aku cintai



Berhenti Berfungsi




Pada ketika kau pergi dan meninggalkan
Aku di sini berdiri dan menanti
Pada ketika aku mengeluh
lalu hati mula gerimis
Engkau tidak ada menyuakan manis
dan akhirnya aku terkandas bagaikan pengemis

Pada ketika kau melepas dan membebaskan
Aku di sini tersenyum sindir
Pada ketika itu ku akui
Sudah tiba masanya untuk aku berhenti
berhenti menanti...berhenti mencintai...berhenti bermimpi
dan hari ini aku masih hidup bernafas lagi
kasihannya, hati ini tidak lagi berfungsi.






Jeles seyh~




"Waaaah....der apahal muka macam cacing berak kapo je? Aik! Ada pulak cacing berak kapo."

"Jeles seyh aku tengok diorang tu."

"Apa kes pulak? Kau nak ke? Kalau nak aku back up."

"Huduhmu. Tak hingin aku!"

"Dah tu?"

Haa...apa doq aku merapu merapek hujan-2 ni? Oklah. Bosan sebenarnya ni. Tak dok idea nak citer kejadah kat hampa. Ermm....kita kasi jalan lurus jelah eh. Dialog dia atas ni menggambarkan seorang mamat ni jeleslah pulak tengok ada sepasang couple tu*dah sepasang mestilah couple ngek*. Hahax!
Arr...Camne nak start eh? Aku....jeles meyh dengan awak, anda, kamu, tuan hamba sekalian yang bercinta. Erkh! Apahal? Ketagih nak ber...Ai seyh! Apa patut aku tulis kat situ? Yalah. "ber-boypren". WoW! NO! Sh*t! Itulah adanya dialog "Huduhmu. Tak hingin aku!". Tak hingin pun nak ber...apa tadi? "ber-boypren". Aku jeles je tengok awex-2 tue kuat je dalam percintaan diorang. Adesss! Yang aku ni dah patah+tumbang pun. Jeles tengok ketabahan diorang, kekuatan diorang...Yaww!! You're The Superwoman, girl!! Ok. Apa lagi nak citer? Tu jelah kot. Aiyaaak!! Busan deh gwe!! Hahak!



Fuyooohh!! Cool Babeyh!

Yeeeeeehaaaa~~!! Header aku sudah siap! Ada nampak itu warna purple sama cik abg cool tu? Thanks to Sis Akma! Cayalahh!! Ada elemen-2 girly+gangster sikit. Sempoi~~~ Huhu.. Terima kasih sekali lagi, sis. Penat sis bersengkang mata, membanting tulang sampai terpelanting bantal. Ups! Saja tambah kasi panjang entry. Hehee... Rajin sis ni. Banyak dah header yang dia buat. Secara free and volunteer pula tuh. Kitew salute, sis! You're The Best! Ceywaaaahhh!! Ayat mintak sepak(terajang+pelempang). Akekekeke...



Actually, mula-mula tak tahu nak beri tajuk apa & description apa.
Tapi aku teringat kat komen Momoyuki.
"....Jadi diri kau dulu."

Ok. Aku memang nak jadi diri aku. Tapi aku selalu hipokrit. Aku takut orang jauh dengan aku bila aku jadi diri aku sendiri. Totally, aku boleh dikatakan lain dari yang lain. Tak lengkap kalau tak ada perkataan 'pelik' keluar dari mulut diorang bila bercakap pasal aku. But mostly, bukan herdikan tapi gurauan. Ya. Itulah aku. So, boleh ke aku jadi diri aku yang sebenar-benarnya aku? Can I?

So, kepada korang yang perlukan header yang transparent tapi tak tahu nak buat? Then, JOIN lah segmen sis. Itupun kalau Sis Akma Danira larat lagi nak buat header banyak-banyak.
Korang boleh klik header aku tu. Peace~






Saban Hari Bersama Mawar Kelabu





Saban hari aku menanti
bergenang air mata tanpa ada yang simpati
aku menongkah dagu
jari-jemariku bermain dengan mawar yang semakin kelabu

Saban hari aku menunggu
sampaikan air mata mulai kering membisu
aku terpuruk di situ
cuba menghidu apakah masih wangi mawar kelabu itu

Saban hari aku tetap begitu
menyendiri dan bersendirian
aku termenung dan terus bermenung
mawar itu sudah hancur menjadi debu

Mood: Jiwang+bersengkang mata



Tertanya-tanya





Ana. Awak kata awak dah lupakan dia kan? Tapi...macam mana saya nak percaya? Pada hari saya kata saya nak block Am&Ira, awak join seanjung nak block diorang juga. Saya suka. Saya gembira dapat support daripada awak. Terima kasih, kawan. Tapi..........awak tak block pun Ex awak tu. Betul ke awak dah lupakan dia?

Ana. Saya pernah beritahu awak kan yang saya dah buang semua benda yang berhubung kait antara saya dengan Am? Honest! Saya memang dah buang semuanya. Tiada apa yang tinggal meskipun habuk. Tapi.....cincin pemberian dari Ex awak masih berantai di leher awak. Betul ke awak dah lupakan dia?

Aku nak je tanya pasal ni pada Ana. Tapi aku takut ia akan menyakitkan Ana. Aku risaukan Ana. Dia support aku bila aku nekad nak lupakan Ex aku. Tapi dia? Aku ragu-ragu. Aku risau bila nampak Ana main-main dengan rantai cincin tu. Aku risau bila Ana kata dia ada buka FB Ex dia. Aku risau kalau Ana sebenarnya masih sayangkan mamat tu. Aku risau kalau Ana sebenarnya menangis setiap malam. Aku risau kalau sebenarnya dia rindukan mamat tu. Tak kira sama ada aku nampak atau tak, aku tak nak Ana menangis. Aku tak nak Ana sakit hati. Huh~~~

Aku dan Ana dah quit bercerita pasal cinta. Kalau tak, dulu kitorang asyik bercerita pasal hati masing-masing. Saling menasihati.....saling mengingatkan....mostly all about our heart and love. Ana. Ana tak ada apa-apa nak beritahu kat saya ke?



Segmen: Saya Nak Header by AkmaDanira



Ok. It's my 1st time JOIN segmen yang macam ni.
Sebab apa? Sebab aku desperate nak kan headerlah. Hee~
Tengok tu header yang aku curi dari freebies.
Plus, aku tak pandai buat transparent header.
So, inilah aku nak minta tolong dengan Sis Akma ni ha.

 Tajuk Header : Wannabe Myself
Description (kata-kata/ayat) : Can I?
Warna/Kod warna (1-3 warna) : CC33CC, CC3399 , FFFFFF
Saiz (sila nyatakan *jika ada) : Bebas
Doodle (sila berikan dalam entry *jika ada) : Budak lelaki  bertopi(cap) sebelah kanan

Kepada sesiapa yang terkunjung ke blog aku, meyh lah JOIN sebakul. Peace~



Aku Nampak, Aku Faham




Ok...ok. Ya...aku tahulah. Ya..aku nampak. Ish! Yalah. Ehem! Aku cakap sorang-sorang ke? Ok. Yalah. Aku nampak, Aku faham. Apa yang aku nampak? Apa yang aku faham? Aku nampaklah blog aku dah semakin cantik kan. Aku fahamlah blog aku sekarang ni dah menampakan belang-belang  girly. Nak tahu apa maknanya? Takkan tak faham lagi kot. Tak faham? Ai seyh...maknanya mood aku normal lah. Jiwa aku stabil. Tulah aku pernah cakap kan. Aku bila 'fall in love' dengan kawan sejenis, jalan terbaik ialah menjauhkan diri darinya. So, sekarang baru je 3 hari cuti sekolah. Tinggal lagi 18 hari. Cantik ah! Wish aku dapat buang jiwa songsang aku ni. Hmm... apa nak citer lagi? Dahlah. Ni jew kot. Aku nak sambung mengedit blog. Actually, mengedit blog memang kegilaan aku. Look! Sekarang blog aku dah tak gelap daa... -..- hukhuk! sedih! zzzz....

P/S : Actually, sebelum cuti aku ada minta email & password  Ana. Sebab aku nak edit blog dia. YES! Aku dapat log in. Tapi...ke manakah blog dia? Tak ada punn...Ana ada dua blog. Blog pertama dia pun aku yang edit. Blog kedua? Nak edit lah...tapi tak de meyh.... pfft!






Bengang+Jealous=Untung Aku


Ok. Berapa lama dah aku tak update blog? Ah! Tak payah sibuklah pasal tu. Hari ni tajuk aku seperti yang di atas. Pening? Anggap jelah yang hari ni aku BENGANG, JEALOUS and berUNTUNG. Sebab apa? Ni yang nak kasi citew.

Kita start dgn BENGANG dulu eh. Dua hari berturut-turut aku spent time dgn BFF aku kat library. Yalah. Kitorang kan librarian. So, memang itupun duty kitorang. Hari ni kitorang continue hapus kira buku yang semalam. Lepas check, delete dekat buku senarai, aku dgn Ana kena check in dalam komputer and delete buku-buku yg dah dihapus kira. Mula-mula Ana yg buat, then aku pulak. Semakin lama, aku semakin penat menghadap komputer yang berskrin tinggi. Even aku ni tinggi pun(takdelah tinggi sangat), menjajar juga leher aku nak tengok skrin komputer tu. Belakang aku pun naik sakit. Tiba-tiba ada sorang ustaz ni masuk. Fine. Aku kenal ustaz tu. Dia tegur aku. "Awak tinggal mana?" "Taman Matahari." "Awak adik tu eh? Sape tu..." "Saya anak tunggal." "Ayah awak kerja apa?" "Welding." "Ayah awak pernah pergi mana-mana surau dekat Taman Matahari tak?" Itu memang soalan klimaks. "Err..tak." "Awak pernah pergi mana-mana surau ke masjid ke dengan ayah awak?" "Tak" Then, ustaz tu pun pergi. Seriously! Bengang seyh dengan soalan dia. Tak pasal-pasal aku buka aib ayah aku. Fine! Sekarang pun aku dah buka kan? Huh~~~ malu aku...

Dah! Dah! Kita masuk topik JEALOUS pulak. Benda ni agak childish. Tapi..tak apalah. Aku share jugak. Dalam library masa tu ada sorang budak lelaki ni. Aku tak tahu pulak dia kelas mana tp dia Form 5. Rancak je dia berbual dgn cikgu library kitorang. Pada masa tu jugak, cikgu mintak resepi kek coklat dari Ana. Memang Ana dah janji pun kat cikgu. Plus, Ana bawa keknya untuk cikgu and kitorang. Dia buat sendiri taw. Well~ bini aku ni memang pandai masak. Err...tak payahlah pandang aku. Aku tahu lah aku tak pandai masak. Tapi at least aku kenal jugak dapur k. *nak bela diri* Hahax! Ana beri resepinya kat cikgu depan budak lelaki tu. Lepas tu, cikgu suruh Ana bagi sikit keknya kat budak lelaki tu. Aku yang tengah doq sengkang mata menghadap komputer, tiba-tiba rasa panas je kan? Apa perasaan tu? Aku jealous ke? Budak lelaki tu makan kek coklat buatan Ana. Ok. Diorang memang ramah berbual. Aku admit. Aku jeles! Sampai down mood aku lepas scene tu. Aku hadap komputer tu dgn muka mintak penampar je. Serius yang amat! Aku jeles Ana layan budak lelaki tu.

Now, kita masuk topik UNTUNG AKU pulak. Ok. Yang ni boleh kira best. BEST untuk aku je. Masa aku tengah lunch dgn parents aku tadi, ayah aku bukak cerita pasal siblings suami mak cik aku. Next month, anak pak cik aku tu nak pergi lawatan sambil belajar ke KL. Budak tu sebaya dgn aku. Tapi dia duduk Batu Pahat. Pak cik aku mintak tolong abang dia yang duduk kat sana hantarkan anak dia ke sekolah. Tapi tak ada sorang pun nak hantar. SIOT! Sekolah tu bukan jauh pun dari rumah. Memang adik-beradik macam tu eh? Kau senang, aku senang. Kau susah, ada aku kesah! Pergh! Memang aku besyukur tak ada siblings. Aku tunggal. Aku satu. So, itu antara part baiknya jadi anak tunggal. Tapi bab part lain pulak, aku ada tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Kadang-kadang tu down jugak bila fikirkan pasal tu.

Ok. 6 jam di sekolah, aku dah ada 3 citer yang nak di share. Selagi aku hidup, selagi itulah ada cerita. Ya tak? Esok kalau aku dah mati, segala cerita aku tak siapa yang tahu kan? Cuma aku, Allah s.w.t., malaikat dan penghuni-penghuni di sana. Huhu...Ok. Gerak dulu!

Eh! jam 2 nnt nk kena gerak ke library dah. As usual, hari Jumaat kan aku on duty dengan Ida. Tapi rasa malas jelah. Kaki ni dah lah sakit. Tulang pangkal jari aku bengkak sebab salah buat emergency landing. Haxhax! Tapi Ana cakap dia pun nak datang. Alah~ terasa nak pergi lah pulak. Hehee...faham-faham jelaah. Esok dah start cuti mid-year kan? Takut-2 nanti rinduu...Ah! Sudah! Gerak dulu yaw! Bye.



Anyone Panas?



Lepas tengok berita tadii Mee terus online FB dan terrrnampak golongan-2 Pengkid dan Maknyah nihh duk mengamok jee. Apasal dengan dorang? Ouh rupanya kerajaan nak denda Wanita yang berpakaian se-akan2 lelaki dan Lelaki yang berpakaian se-akan2 perempuan. Patot lah kemain lagii hupdate status duk mara-2. Kecot perut kee banggggggg .. HEHE .

Kerajaan buat untuk kebaikan korang jugakk :)


P/S : Anyone Panas baca entry ni? Aku? Err....agak terasa. Hehee...even aku bukanlah full+official Penk. Ehh....tunggu,tunggu,tunggu...hold on. Jangan baran sangat. Awex lari dowh nnty. Jangan pangkah pulak blog blogger tu taw. Kalau nak pangkah aku punya no hal. Peace~







Ape Cer Daa




So, ape cer daa aku? Hehee...Ok je. Hidup lagi. And...still pompuan. Hahax! Ok. Korang tengok berita tv3 tak td? Ouh....hukuman terhadap lelaki Islam yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan Islam yang berpakaian seperti lelaki dikuatkuasakan lagi. Hah? Blurrr? Pondan and Pengkid daa. Yang aku dapat dengar and ingat, denda RM3000 and penjara setahun. Eh? Betul? Aku gelak je bila dengar. Sebab apa? Sebab dunia ni memang tak lepas daripada duit. Ya tak? Tapi...apapun, wa sokong. At least, dapat jugak control diri aku yang nak ter-jerumus ni ha. Tapi....rasanya, RM 3000 tu tak banyak kot kalau bagi penk-2 yang nak-2 anak org berada tu. Hihii...Jangan marah der. Tapi kalau untuk orang-2 meseken macam famili aku ni, yalah. Berasap buntut, merah hidung. Hahaha.... Dah macam rupa baboonlah pulak. Kekeke...

Ok. Enough for tonight. Gerak dulu. Nak gy melayan blog yg lg satu. Hehee... Nak tahu blog yang mana satu? Pandai-2 lah cari sendiri ya. Hehee... Peace~ Gudnight, awak!(for girls only) Tetttt..






Not Interested

Jam 3:3a pagi td ak terbangun. Bru ak ingat yg aku still tak buat any revision utk fizik. Dah lah mula-2 paper 2. Ah! Busan wa buat benda alah niyh! Rasa nak koyak-2 je buku-2 Fizik ni ha. Stress aku melayan. Sepatah haram pun aku tak faham.

Jom Kahwin




Hai~ ada sesiapa nak kahwin dengan saya? Ahax! Giler sudah. Actually aku nak citer yang hari ni aku join study grup dgn Ana, Min n Zura kat rumah Shu. Okey. Totally, Fizik subjek yg paling kitorang benci! Tapi camne pun terpaksa jugak peluk cium subjek ni kan. Pfft!

Anyone watched Nona tv3 petang tadi? Okey. Aku tak tengok. Just layan gitu-2 je masa dekat rumah Shu. Dah yang gegurlz tu syok sangat menonton, aku layan jelaah. So, salah satu topik Nona hari ni ialah pasal Mut'ah? Hah? Kejadah tu? Kahwin kontraklah. As we know, kahwin kontrak haram di sisi agama Islam. Apa cer? Tak de imam, saksi, wali, tup-2 kau digelar husband & wife. Masa dia tunjuk sceen contoh si lelaki lafazkan akad kahwin kontrak, and then si perempuan balas aku terima, then sarung cincin, aku tengok tak de bezanya macam couple tengah dating then hadiahkan cincin dekat awek. Pfft!

Zura tanya macam mana diorang kahwin sebab dia tak sempat nak tengok sceen tu. Shu n Ana sebok terangkan pasal tu dekat Zura tapi dia tak faham jugak. Memandangkan aku duduk sebelah Ana, aku dijadikan mangsa demostrasi. Ana ambil tangan aku and buat demo. Pergh! Menyirap darah aku. Ana. Jom Kahwin. Okey. Ignorekan ayat tu. Aku saja tulis. Hahaha..



Kasi Jiwang

Picture

Picture



Picture

Picture

Picture


Picture

Picture

Picture


Picture

Picture

Picture

Picture



Mai GELAK besaq-besaq !! HA HA HA HA HA....


Pilihan

Tiba-tiba aku teringat...
dan terfikir...
serta terdetik...

Aku takkan menangis lagi hanya disebabkan Am. Stop. Sudah-sudahlah aku tahan air mata aku dan makan hati selama 3 tahun. Aku takkan menangis. Biar hati aku kosong tanpa dia. Tanpa Am.

Then aku terfikir...

Perempuan lemah dengan lelaki. Tapi mereka juga kuat kerana lelaki. Sebahagian daripada fakta itu ialah hipokrit. Like me. Perempuan menangis kerana lelaki. Air mata mereka menjadi murah gara-gara lelaki.

So, aku dapat rasakan it's much better without loving you Am. Even mula-mula hendak melupakan agak menyakitkan, tapi dah lama-lama terbiasa dan sakit tu akan hilang sikit demi sikit. Melupakan tak bererti memaafkan.

Aku tak maafkan Am,
Aku tak maafkan Ira,
Aku tak maafkan hati aku,
Aku tak maafkan cinta.

Tapi aku maafkan ayah aku. Sebab apa? Even dia juga lelaki yang adakala buat aku menangis dan tersinggung, dia akan pujuk aku dengan cara dia. Aku takkan menangis di hadapan ayah aku. Aku tak menangis di hadapan sesiapa pun. Except if aku memang dah desperate sangat, Aku prefer menangis sorang-sorang. Even aku memang perlukan seseorang untuk pujuk aku, aku still menangis sorang-sorang. Sebab aku malu. Air mata aku yang mahal jatuh lalu menjadi murah. Tambah pula nanti kalau aku menangis di hadapan mereka. Tak ke akan turun terus saham air mata aku? Aku tak manja even aku teringin bermanja dan dimanjakan. Aku tak gedik dan mengada-ngada. Perasan? Ada aku kesah?


Cuma seorang lelaki yang tahu memujuk kita, iaitu seorang bapa. Belum tentu seorang abang atau adik lelaki mampu memujuk adik perempuan mahupun kakaknya. Seorang lelaki yang lengkap serba-serbinya itu hanya seorang bapa.

Anti lelaki? Maybe we should tambah sikit. Anti lelaki bukan mahram. Get that? Di dunia ni masih ada lelaki yang baik. Tetapi lelaki-lelaki yang kurang baik ni seolah-olah lebih bebas berada di mana-mana sahaja. Even dalam masjid pun. Tapi at least, nak jugak dia tu jejakan kaki ke masjid. Bagi yang tak? Apa cer der? Lu mulut bising kutuk-2 caci-2 penk, lesb n gay. Tapi lu sendiri masjid tak jejak. Apa bezanya?

Yang membezakan kita bukan jumlah kejahatan kita. Tapi jumlah amalan kita. Allah s.w.t. tak melihat kita yang dulu tapi melihat kita yang sekarang. Tapi manusia sering pendang ke belakang untuk mencari kesalahan yang lalu. Kemudian bertanya pada diri. Aku ingin berubah atau ingin meneruskan perjalanan ni?

Allah s.w.t. hanya menyediakan satu jalan untuk kita, iaitu jalan yang benar. Cuma kita yang memilih untuk membuat pilihan. Manusia memang merumitkan.

Kucing tidak memilih sama ada hendak mengurus anaknya hingga akhir hayat anaknya atau meninggalkannya sebaik sahaja anaknya tu tak memerlukan susu lagi. Pokok tidak memilih untuk berselindung daripada matahari mahupun terus menghadap matahari.

Perbezaan kita dengan makhluk-2 ni ialah, akal. Kita mampu berfikir dan mentafsir. Bila akal dan nafsu berkerjasama, tidak mustahil kita akan mengambil keputusan untuk memilih dan sesat. Seperti memilih baju di butik. Mahukan baju yang berwarna cerah dan ketat serta jarang atau mahukan baju yang berwarna gelap dan longgar serta tidak jarang? Aku seorang Kpoper. Tahukah apa kata Permaisuri apabila Tuan Puteri memakai baju yang berwarna cerah dan memantul serta berwarna-warni? Katanya, "adakah dirimu pelacur memakai pakaian seperti ini?" Padahal Haengbok(pakaian tradisional Korea) itu longgar, bergaun jadi tidak menampakan berntuk ponggong.

Bila akal dan hati berinteraksi, iman akan ikut campur dan memimpin kita ke jalan yang benar. Mulut sentiasa berbohong. Tapi hati menyimpan kebenaran. Kita tahu apa yang hati kita mahukan dan kita tahu apa yang bibir kita mahu katakan tetapi sebaliknya kita memilih untuk berbohong.

Akal, Hati dan Nafsu. Tiga benda yang berbeza. Tetapi bertindak seolah-olah sistem dalam badan. Mampu mengatur tindak-tanduk kita dan membenarkan kita untuk memilih. Jantung tidak memilih untuk terus berdegup atau berhenti apabila dia letih mengepam darah. Kerana mereka ini telah ditetapkan jalan bagi mereka. Dan takdir untuk mereka ialah mereka tidak mempunyai akal.

Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan kerana hanya kita satu-satunya makhluk Allah s.w.t. yang mempunyai akal. Zaman sekarang, bila nampak orang cacat atau OKU malah orang hodoh sekalipun dianggap pelik kerana lain daripada yang lain. Sedangkan kita ini manusia yang pelik kerana hanya kita yang mempunyai akal tetapi alam ini memandang tinggi kepada kita. Jadi. Tak malu ke kita jadi makhluk  yang 'cacat'?

Aku juga manusia yang memilih untuk membuat pilihan. Yang adakala membenarkan nafsu menguasai diri. Mengizinkan telinga mendengar bisik-bisik syaitan. Itulah manusia.

P/S : Apahal? Ngantuk ke baca entry ni? Tak apalah. At least korang baca. Kalau tak macam mana korang boleh nampak ayat ni. Ya tak? Aku muhasabah diri aku. Korang muhasabahlah diri korang. Peace~                                                                         












9 hours



Ok. Aku tak sangka mulut aku ni agak masin. Or...mulut KAU yang masin sebenarnya? Klik untuk tahu siapa KAU tu. Hari ni aku spent 5 jam 1/2 dengan Ana di library. Even bukan berdua. Hahaha.. Pagi tu, aku dengan Ana sama-2 still tak breakfast. Kitorang memang asyik mengadu je nak makan. Dahlah Ina and Min yang duduk dengan kitorang asyik bercerita pasal makanan. What The Food! Hahaha... Jam 9 pagi aku dengan Ana keluar dari library. Min pun ikut. Tinggal Ina dengan guru-guru yang tengah meeting dekat library je. Kitorang keluar sebab nak pergi makan dekat mana-mana kedai makan yang dekat dengan kawasan sekolah. Yalah tu dekat. Aku rasa dah 1 km lebih kitorang merayau. Akhirnya jumpa jugak kedai makan. Hah! Itulah yang masinnya. Mentang-2 lah semalam aku tulis nak date dengan Ana dekat entry. Tup tup hari ni duduk semeja dengan Ana di kedai makan. One more time. Even bukan berdua. Hahaha...

Kat kedai makan, 1stly kitorang duduk dekat meja depan. But then, kitorang tukar ke meja tengah sebab Min nak duduk di bawah kipas. Kitorang dah order makanan mse dekat meja depan. Bila minuman kitorang smpai, bukan sampai dekat meja kitorang tp dekat meja yang kitorang duduk sebelum ni. Ana cakap kat akak yang bawa minuman tu yang dia bawa minuman kitorang. Ana bawa minuman tu ke meja kitorang tapi minuman Ana ada kat akak tu. Ana minta aku temankan dia jumpa akak tu. Sampai dekat akak tu, kitorang tengok akak-akak dekat situ dah berkelahi. Just because of one cup of Teh Ais? Dah tu. Diorang nak saling marah pulak sesama sendiri. Nampak sangat tak puas hati dengan kitorang tapi lepaskan dekat orang lain. Totally, it was unrespect. Kau nak marah kuat-kuat depan semua pelanggan cuma sebab tersalah hantar minuman? Hello. Tak ada perbezaannya kitorang bila kitorang duduk di kedai kau untuk makan. We all were your costumers. Bukan 2ndary student, bukan adik, bukan pakcik or makcik, bukan sesiapa. Semua pelanggan sama taraf. Yang berbeza cuma kau dengan kitorang. You should know that costumer always right even they didn't*wa kasi highlight tu. Mu nampak ke dak?*. Dahlah tampal label Wifi Zone tapi tak free on9 coz need a passwrod. Kejadah lah.

Aku tengok Ana makan berselera betul. Lapar betul awek aku nie. Dia siap buat 2 order. Nasi lemak and roti canai kosong. Huhu.. Aku tak tegurpun dia makan laju sangat ke, berselera ke, coz aku tahu dia memang lapar. Nak-2 dia ada mengadu yang kepala dia sakit kepala sebab migrain. Since semalam. Dia cakap, sampai menangis dia tanggung sakit sebab migrain tu. Poor you Ana. Kenapa tak nak pakai cermin mata? Aku risaulah. Lepas habis makan, kitorang balik ke sekolah. Bila cikgu-cikgu tu dah habis meeting, kitorang pun buatlah keje kitorang. Menghias library. Aku buat reben sebab aku pandai buat reben ala-ala reben hamper. Ana pulak buat origami bunga ros. Min just tolong-tolong je. Tapi Ina, sedap je dia doq hadap comp library. Yalah. Ina tu otak dia yang berseni. Melainkan kitorang ni yang tangan je berseni. Hahaha...

Ana mengadu tangan dia sakit buat bunga tu. Sian Ana. Ya. Aku tahu sakit. Sebab aku pun pandai buat bunga tu. Ana tak pandai nak gamkan bunga tu supaya tak terbuka. So, she ask for my help. Aku suka bila Ana minta tolong aku. Kitorang lepak dekat library sampai 1: 30 ptg. Balik, mak Min hantarkan. Tapi balik tak sampai 10 minitpun. Mak Min hantar aku and tunggu aku dekat luar dengan Ana and Min sebab aku nak ambil buku Biologi untuk kitorang buat study grup dekat rumah Shu nanti. Dekat rumah Ana pun macam tu. Kitorang tunggu Ana. Ana suruh aku pegangkan handphone dia sebab dia malas nak bawa masuk sekali. Even just pertolongan yang kecil. Aku suka untuk menolong. Yang SHITnya pulak! Rumah Ana bertentangan dengan rumah ex-bf aku. Bila aku toleh kiri, aku akan nampak rumah Ana. Bila aku toleh kiri, aku akan nampak rumah Am. Sudah berbulan aku tak menghadap rumah tu bila bas yang aku naik hendak ke bandar dan balik lalu di jalan utama yang dekat dengan rumah tu. Tapi hari ni aku tak boleh blah pulak kan. Shit!

Di rumah Shu, kitorang study grup Bio. Ana merupakan cikgu kitorang pada masa tu. Dia akan baca dan terangkan segala apa yang dibaca dalam behasa inggeris dan beristilah biologi itu. Bila dia terpaksa menyebut perkataan-2 yang ada huruf 'R', dia akan minta aku sebutkan. Coz what? Ana ni pelat 'R'. Huhuhu... And bila dia tak dapat nak terangkan apa yang dibaca, itupun dia akan minta tolong aku. Kiranya aku ni cikgu sampingan lah jugak. Suitlah tu. Min and Shu classmates. Aku dengan Ana pun classmates. Matchlah tu. Perasan. Bila nak balik, mak Min tak dapat nak hantar Min dengan Ana. Aku no hal sebab rumah aku memang dekat dengan taman perumahan Shu. Kasi jalan je. So, aku ajak Ana and Min jalan kaki balik ke rumah aku and biar bapak aku hantarkan diorang. Lagipun, kalau-2 migrain Ana datang even hari redup yang mendung macam ni, tambah dia jalan sorang-2, tak ke bahaya? Nak-2 lagi Ana takut anjing. Termasuklah anjing yang dalam rumah or tengah tidur atau anjing yang just jalan-jalan di tepi tapi tak mengejar orang. Kalau hujan? Rumah Min pun agak jauh jugak kalau jalan kaki. Nak naik bukit lagi. Penat nanti kawan aku yang sorang ni. So, better biar bapak aku yang hantar. Finally, Ana and Min sampai di rumah dengan selamat. Tapi yang kurang selamatnya ialah aku. Sebab aku terpaksa menghadap rumah ex-bf aku untuk kali kedua. Pfft! -..-


P/S : Dari jam 8 pagi sampai 5 petang. Aku tak berenggang dengan Ana. Ok. I love that*sengaja boldkan*. 5jam 1/2 + 3 jam 1/2 = 9 jam. \(^_^)/







Tak Boleh Blah




Semakin hari, even semakin jarang aku rasakan perasaan tu, semakin hari tu jugak ada je ujian yg mendtg. 2 weeks ago, aq tgk Mamberku Hawa tv3, Ahad. Pd hari tu watak Hawa menyamar jd lelaki bernama Adam. Dia pakai sebijik macam lelaki. Secara tak langsung, reminds me to Pengkid.

*janggut dan misai tu agak memburukkanlah. Tak match langsung. Hahaha... Tapi style dah cool.

Hari ni, pasal Secret Garden pulak. Kdrama di tv8. 2 lelaki & perempuan exchange roh. Lelaki jd perempuan, perempuan jadi lelaki. Once again reminds me to Pengkid. Nak-2 lagi masa dekat pusat spa wanita. Yang si tubuh perempuan berohkan lelaki, pandang seorang awek mcm nk usha je. Even lagaknya lawak, at the same time bikin wa sentap jugak. Gelak-2 aku tengok citer tu dlm hati merana weyh. Hmmm...Ujian~ ujian~

* reaksi awal roh lelaki bila bertubuh perempuan

* Ah! lucah ke? Scroll ke bwh cepat. Roh perempuan bertubuh lelaki kiss Roh lelaki bertubuh perempuan sebab diorang teringat dgn citer-2 dongeng yg selepas kiss, keadaan akan kembali pulih like Sleeping Beauty terjaga bila di kiss Si Putera? Kolot betul otak diorang ni.

Aku still tak nampak babak ni. Tapi kalau Oska shock sbb Gil Ra Im berada dalam tubuh Kim Joo Woon(sepupu Oska), tiba-2 aku terfikir,

"Cintai dia kerana jantinanya atau kerana dia?"

Mempunyai maksud yang baik dan buruk juga.
Depends on korang. Aku accept kedua-2nya.
Peace~





INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com