Dipeluk




Pergh! Suspen tak tajuk hari ini. Ok-2. Straight to the point. Hari nie aku hampir dipeluk manja oleh Ana. Kitorang tengah ada meeting dekat astaka. Dialah pengerusinya. Aku nie setiausaha saja. Then, memandangkan r....


Haa...nampak tak ayat yang aku warnakan biru di atas? Guess apahal? Actually, ayat tu aku skip kira-2 jam 2:45 pm tadi. Nak tahu sebab apa? Sebab that time Ana datang rumah aku. Ingatkan dia tak jadi datang. Katanya nak pinjam bb aku untuk cari lagu "Andaiku Bercinta Lagi" sebelum pergi back to school dengan aku untuk latihan koir. Tak alih-2 aku dengar suara dia beri salam kat bawah. Terus gabra aku beb. Cepat-2 aku close tab. Hahaha....Ok. Now, kiranya aku nak sambunglah apa yang dah terbantut tadi.

Then, memandangkan ramai yang dah blah sebab dah dapat bahagian-2 hamper yang kitorang dapat sempena kawad kaki pada hari sukan lepas. Cuma tinggal budak-budak Form 4 geng aku je. Pada masa tu jugak, bersebelahan dengan kitorang ada meeting about Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh kelab PROSTAR dan PRS. Aku join kem ni jugak. Ana, Ina and Ida pun. Well~ kitorang berempat memang macam belangkas. Malah mengalahkan belangkas. Hahaha....

Sedang aku berdiri sambil dengar taklimat mengenai kem tu, Ana datang and berdiri kat belakang aku. Seriously aku cakap dia berada dekat giler dengan aku. Senang kata, kira melekat lah. Ana cakap kat aku sambil main-2 tangan aku, "Nak peluk~". Perghhh~ masak seyh~ hangus aku~~ rasa macam pressure darah aku menaik. Aku tahu dia main-main. Tapi....entahlah....err....ish! Susah nak explain, beb! Then, aku replied "Gelilah." HA HA HA HA HA~ Ayat macam baik kan. Actually, aku control nafsu beb. Ikutkan setan-2 kat sekeliling aku nie memang dah kerumun suruh aku ON je. Bapak ah! Nak nose bleeding pulak nanti aku tak pasal-2.


Ana still main-2 dengan jari aku. Dia still melekat kat belakang aku sambil dengar cikgu PRS kasi taklimat. Perghh~~ tak nak menyirap pulak kan. Jantung aku berdegup kencang giler habis ah! Sakit weyh! Even aku pakai tudung, aku dapat rasa nafas Ana. Bahang beb! Bahang lagi hati aku! Aku tak tahu sama ada kitorang tetap kedudukan macam tu agak lama atau yang sebenarnya aku yang terasa masa seolah-olah berhenti. Seriously ah! Memang giler! Aku rasa macam nak tumbang pun ada.

Dalam keadaan macam tu, aku tertanya-tanya jugak. "Ana. Kau dah tahu ke? Kau tahu ke yang aku suka kat kau? Atau maybe pernah suka? Ke kau memang tak sengaja buat macam nie? Just nak bermanja as friends? BFF?"

And then, waktu rehat pulak. Sedang aku, Ana, Idan and Ina doq lepak kat belakang surau. As usual lah, itu memang port kitorang. Ana main-2 dengan tudung aku and cakap, "tengah hari nanti kita nak date dalam bilik~ kan?" Aku sedar. Aku tahu. Aku jelas. Ana memang cuma bergurau saja-2. Ina yang tengok pulak, respon "Eee~ gelilah." Then, Ana replied "Alah. 30 minit je". Ya. 30 minit itulah digunakan untuk search lagu "Andaiku Bercinta Lagi" dalam bilik aku. Actually, kurang 30 minit pun. Huhuu...

SUDAH~!! AKU TAK LARAT NAK INGAT SCENE PAGI TADI TU.
LEMAH JANTUNG, LEMAH LAGI IMAN AKU.
Dahlah puasa. Lagi beberapa minit je nak berbuka.
Astaghfirullahalaziim...



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com