Question Marks ????



Err...aku tak tahu apa patut ke aku tulis semua yang bermain dalam kepala dan hati aku nie or not. Aku takut kalau apa yang akan aku tulis ini mungkin melanggar undang-undang? Tapi aku cuma nak menyuarakan apa yang tertanya-tanya dalam hati aku. Plus, aku still remaja under age. Ada benda yang aku curious nak tahu. Contohnya yang ini.

Beberapa minggu lalu ada berita mengenai penguatkuasaan tindakan undang-undang terhadap pengkid , pondan, nyah , etc right? Seingat aku ada disebut mengenai hukuman penjara dan denda. Tapi aku tak ingat berapa lama hukuman penjara dan berapa jumlah denda. Aku tertanya-tanya.

Sepanjang tempoh pesalah yang berada di dalam penjara, apakah yang dilakukan terhadapnya? Adakah didikan atau bimbingan agama untuk pesalah-2 ini? Atau adakah ia cuma diadakan pada Hari Jumaat? Kalau penagih dadah ada pusat serenti/pemulihan, pesakit mental ada pusat tampoi, wanita-2 malang ada pusat-2nya yang tersendiri, jadi...ada ke pusat-pusat pemulihan untuk pengkid????? Aku still tertanya-tanya tentang ini.

Aku try search dalam any web, especially web e-fatwa, apa yang aku jumpa nothing. Mereka hanya menjelaskan mengenai hukum menjadi pengkid. Ya. Aku pun tahu HARAM. Ikutkan, hal ini tiada hukumannya kan?*betulkan kalau aku salah Sebab hukumannya terletak padaNya. Tapi kita manusia yang diberi hak untuk menjaga bumi ni mestilah mahu yang baik-2 saja. Ya tak?

So, berbalik pada soalan aku. Ada ke pusat-2 pemulihan untuk pengkid? Mengikut pengalaman aku sendiri yang almost terpengaruh, di rumah mahupun di sekolah, didikan agama tidak pernah cukup. Jadi, maybe whether di rumah or anywhere, kami tidak dapat apa yang dikatakan cahaya iman yang sebenar. Yang halus. Yang sinarnya lebih indah daripada sinaran matahari pagi. So, bagi aku tempat-2 khas untuk golongan ini menemui cahaya iman yang sebenar perlu ditubuhkan.

Totally, aku still terpinga-pinga. Bingung. Ada ke pusat-2 khas untuk pengkid??? Takkan mereka sekadar ditempatkan di penjara sama seperti mat rempit, perogol, penyamun, etc. yang ada di dalam sana?

Kalau aku tanya parents aku mengenai ini, aku sure mereka akan kata "masuklah penjara kalau nak tahu." Pfft! Never being serious... (-..-)

Sebenarnya cuma 2 soalan saja yang bermain dalam fikiran aku.
1. Apa yang dilakukan kepada pesalah sepanjang mereka berada di dalam penjara????
2. Adakah pusat-pusat khas untuk golongan pengkid untuk memulihkan diri????

Bagi yang ada jawapan lengkap, silakan jelaskan sepanjang habis. Aku mesti baca. Peace~








0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com