Inginkan Perubahan


Assalamualaikum. Hai! Tajuk hari nie ialah 'Inginkan Perubahan'. Err...korang ada rasa nak berubah tak? Means, berubah ke arah yang baik dan lebih baiklah. Jangan pula yang negatif. Hihii...

Ok. Kalau kita nak berubah, make sure tekadkan dalam hati tu betul-betul nak berubah. Jangan cakap tak serupa bikin meyh. Aku faham. Memang susah nak berubah. Tapi itulah istimewanya. Ya tak? Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan tu, barulah terasa nikmat hasilnya nanti!

Ok. One more, kalau nak berubah make sure janganlah ragu-ragu. Tetapkan hati. Kalau korang ragu-ragu, aku tak rasa korang akan berubah. Hehhee.. Eh! Ada yang tanya aku whether aku nak berubah ke tak? Still nak jadi pengkid? Lesss...Excuse me, dear. Aku bukan official pengkid. And tak juga terhingin pulak aku nak jadi less. Apa masalah yang aku hadapi sekarang sebenarnya ialah hati aku. So, DON'T EVER TRY THIS IN YOUR LIFE.

Honestly, aku tak tergerak untuk tetapkan hati aku. Tak faham? Adesss...macam mana nak explain eh? Here. First, aku takut nak buka mata dan hati aku untuk lelaki except my only father. Second, aku takut nak sayang lelaki except my only father. Third, korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan "I DON'T NEED MAN BUT I NEED LOVE"??

Sejujur dengan sejujurnya, aku ingin merasakan diri aku ini memang disayangi seseorang yang bebas untuk dibuat kawan, family, siblings, or maybe more than that? Aku ada parents. Bukan nak kata diorang tak sayang aku. Aku percaya diorang antara insan yang paling menyayangi aku selain Allah s.w.t. dan Rasulullah. Tapi....entahlah. Aku tak pernah rasa bebas untuk berkongsi segalanya dengan diorang. It was like, my bussiness is mine not theirs. Aku...entahlah..maybe aku terlalu jaga privacy and personal aku.


Aku suka hidup dalam dunia sendiri tapi at the same time aku nak jugak somebody cuba menghidupkan lagi dunia aku nie. Dengan parents, aku susah nak berlaku jujur. Kalau aku sedih, sakit hati, tension, emotional, etc., I just said "NOTHING". Nothing yang aku rasa patut aku berkongsi dengan diorang. Nothing yang aku rasa aku patut cerita kat diorang. So, that's why aku dilabelkan sebagai seorang yang secretive.

Aku usually being honest dengan kawan-kawan about my own life. Including masalah ibadah, akidah and sebagainya. Tapi....ada certain things jugak yang aku tak dapat nak share dengan diorang. So, adakah orang yang dapat menjadi tempat untuk kita lepaskan tekanan dan tak perlu memendam terlalu lama? Adakah orang yang benar-benar sudi memahami kita sesungguhnya? Adakah orang yang sudi membuat kita merasakan yang diri kita ini sebenar-benarnya ada?

Mungkin...mungkin aku terlalu terasa sunyi dengan hidup aku. Hati aku. Walaupun Allah s.w.t. itu ada di mana-mana dan Dialah satu-satunya yang sentiasa ada bersama kita, tapi pernah tak korang berasa tertekan selepas meluahkan segalanya kepadaNya? Pernah tak selepas korang lipat sejadah and telekung, then duduk di tepi katil and sudden korang menangis? Hati korang sakit? Pernah tak korang menangis sampai tekak, tengkuk, leher, urat di bahagian leher korang sakit sebab tahan diri daripada menjerit atau bertindak di luar kawalan?

Pernah tak korang tenung sesuatu yang tajam dan bayangkan darah korang mengalir padanya? Mungkin tangan korang tercucuk padanya? Mungkin leher korang? Mungkin perut korang? Pernah tak bila korang menangis di tempat yang tiada orang especially your own room but the same time korang hope ada orang dapat rasa kesedihan korang dan melulu masuk ke dalam bilik and pujuk korang? Pernah tak korang tenung wajah korang di cermin selepas menangis dengan hati yang masih panas dan menahan diri daripada menumbuk cermin itu? Pernah tak korang rasa korang nak bunuh diri??


Apa yang aku soalkan itu ialah apa yang telah aku lalui dan aku masih try hard untuk mengawal diri aku. Tapi...you know what? Bila korang set mind korang supaya kawal emosi korang yang ikutkan memang dah over limited and at the same time set mind korang jugak supaya kawal tindak-tanduk korang, it just same like korang makan hati. Bila terlalu banyak makan hati, ia akan mula makan diri. And then, BOOM!! Lu hagaklah sendiri.

Ok. Enough for that. Aku rasa aku dah keluar dari main title niyh. But, never mindlah. Blog aku. Entry aku. Suke akulah nak tulis apa. Ya tak? Hahahaa... Bye. Peace~





0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com