Cerewet




Yaww! Esok dah sekolah. Sekejap je cuti kan. Yalah. Dua hari je kot. Esok mahu puasa ganti. So, mu-2 setan-2 sekalian, jangan nak doq rangsang nafsu aku. LOLzzz...Hahhaa... 

So, boys selalu bebel yang perempuan ni kalau cari baju punyalah lama. Macam orang sembelit dalam jamban. Eh,tak! Yang pasal sembelit tu, aku yang tambah. Tapi...perempuan-2 tu pilih baju lama sebab diorang nak yang cantik, colour biar cerah, ceria tak pun soft and sweet, ada lace and ala-ala gaun sikit. Tak kurang juga suka yang bereben. Ya tak? Jangan bohong meyh. Aku perempuan jugak. Tapi....lain pula dengan aku.

Petang tadi aku pergi shopping dengan Mak aku. Biasalah, anak tunggal. Takkan lepas punya kalau nak pergi shopping sorang-2 or dengan kawan pun. Mak aku kata, tunggu aku dah besar sikit, dah kerja nanti baru boleh. Adehhh~ aku nie tak cukup besar lagi rupanya. Tinggi aku 157 cm kot. Lagi tinggi daripada Mak. Hehhee....

So, nawaitu aku pergi shopping hari ni coz nak cari baju. Yep! Aku memang jarang3x beli baju niyh. Nak-2 beli baju jalan. Aku memang tak pernah nak ingat pun nak shop baju-baju segala ni. Tapi hari ni, teringat pula. Plus, aku dah busan asyik pakai baju yang sama plus dengan ala-ala gaun+blaus. Erkh! Panas!

Nak dijadikan cerita, semasa singgah kedai baju nie, aku doq pandang sebelah mata je baju-2 perempuan. Warna tak megah langsung! Corak? Hampehh~ Setelah doq asyik pusing-2 di tempat yang sama, berkenan juga aku dengan satu baju ni. Kain cotton. Ada kolar. Lengan paras siku. Never mind. Aku selalu pakai inner. Labuh menutup punggung. UNFORTUNATELY! Baju tu tak sempurna lengkaplah pulak! Kotor, jahitan pun ada yang dah terbukak. Padanlah digantung belakang-2. Slack betul! Ikutkan aku, baju tu memang dah superbbb babe! Memang dah termasuk dalam citarasa aku. Kosong, smart, berkolar, cotton. Tapi....adoyaiii~

Sebenarnya, masa doq kebusanan tengok baju-2 girls yang tak berapa nak megah bagi aku, aku jeling-2 jugak dekat part lelaki. Gilak ah! Seriously! Semua cantik-2! Smart! Nak-2 lagi jenis kainnya yang selesa je bila aku pegang. Arghh! Aku asyik cakap kat Mak aku yang aku cuma nak cari baju yang simple, kosong anda tak nak ketat-2 singkat-2 dengan reben-2 kejadah semua tu. Mak! Agak-2 Mak dapat tangkap tak maksud 'Ryuk'?! Ryuk maksudkan baju yang ala-2 lelaki!! Aishhh....takkan aku nak cakap kat Mak pulak yang sebenarnya aku most teringin nak beli baju lelaki~~~

Lastly, aku tak beli pun apa-apa baju. Aku beli seluar track saja. Well~ aku duduk bukan sopan sangat pun. Sekejap je dah koyak. Ups! Bocor rahsia. Hahhaa...Peace~

So, adakah aku antara perempuan yang pilih baju bagai sembelit dalam jamban? Cerewet??



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com