Marah+Benci=Dendam




Apabila aku terserempak dengan kau, rasa benci dan sejujurnya, sisa-sisa sayang itu bercampur-baur. Di hadapan kau, mahu saja aku tunjukan bahawa aku tidak perlukan lelaki seperti kau di sisi aku untuk buat aku tersenyum. Sebaliknya, cukuplah seorang perempuan yang manis digelar sebagai kawan di sisiku untuk membuat aku ketawa terbahak-bahak hingga mengalirkan air mata. Aku rasa mahu saja aku tumbuk muka kau sehingga kemek. Dan terasa juga aku mahu menangis di hadapan kau. Tetapi itu bukanlah aku untuk menangis di hadapan lelaki seperti kau. Aku punya ego. Dan jangan salahkan aku jika ego aku lebih tinggi daripada ego kau. Apabila aku ternampak gf kau, aku rasa seperti hendak bermain-main dengannya. Tahukah kau apa yang aku maksudkan? Aku mahu jadikan dia gf+barbie aku. Pasti kau baran jika mengetahui tentang niat aku ini, kan? Ha Ha Ha Ha.. Rasanya tak perlu kot. Sebab aku memang takkan sentuh pun gf tu. Sebab aku benci nak berada dekat dengan dia. Apatah lagi berhadapan dengannya. Aku tidak tahu kenapa aku sangat marah dan benci kepadanya. Jangan tanyakan soalan itu kepada aku. Sebab aku cuma melakukan apa yang telah aku simpan dalam lubuk hati aku sejak sekian lamanya. Aku dah penat berpura-pura baik.




1 Penasihat:

momoyuki said...

hoho.. pendendam muh.. :)

kalau aku bakor je semua.. haxhax :p

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com