Kehilangan




Aku menonton cerita yang menjadi antara kegemarannya. Cerita itu berkisarkan nilai-nilai kasih sayang, cinta, kesungguhan dan sebagainya. Jalan ceritanya tidak lepas dari realiti kehidupan yang semua manusia perlu tempuhi. Di dalam cerita itu, tidak lupa juga diselitkan aksi-aksi yang melucukan. Aku ketawa dengan besar melihatkan lawak-lawak yang dilakonkan oleh para pelakon. Namun tidak lama kemudian, aku mula teringat akan dirinya. Mengapa? Mengapa aku tidak merasakan perasaan itu sepertimana pertama kalinya aku menonton cerita itu? Sebenarnya, ini merupakan kali kedua aku menontonnya. Aku mula gelisah. Aku tertanya-tanya. Di mana dan ke manakah perasaan itu? Perasaan yang mana akan membuat aku tersenyum riang dan hatiku girang. Perasaan itu yang membuat aku merasakan bagai seseorang sedang meletakan tangannya pada bahuku dan mendekatkan aku padanya. Perasaan di mana membuat aku merasakan seolah-olah aku ketawa, bergembira bersamanya. Ke manakah hilangnya perasaan yang begitu? Untuk seketika, hatiku terasa pilu. Mengapa aku kehilangan perasaan itu? Bagaimana aku boleh kehilangannya? Usah berpura-pura seolah tidak mengetahui apa-apa lagi. Usah bertanya banyak seolah-olah sedang dibelenggu kekeliruan. Aku tahu akan sebab dan puncanya aku tidak dapat merasakan perasaan itu. Adakah kerana aku sudah tidak lagi mencintainya? Menyayanginya? Mengasihinya? Mengaguminya? Tidak. Bukan itu sebabnya. Aku masih mencintainya. Menyayanginya. Mengasihinya. Mengaguminya. Tetapi semua itu seakan sudah berkurangan. Seakan sudah tenggelam ke dasar hatiku yang dalam. Mengapa? Adakah aku sudah jemu mencintainya? Adakah aku sudah jemu menyayangi, mengasihi dan mengaguminya?? Tidak. Aku tidak jemu. Malah aku berjanji untuk tidak jemu. Tetapi kerana ada sesuatu yang sedang bertindih di atas perasaan itu. Aku sedang menduakan cinta aku kepadanya. Dan yang lebih kejam, cinta yang aku rasakan itu adalah salah. Perasaan cinta itu agak sentiasa dapatku rasakan kerana insan itu sentiasa ada bersamaku. Di hadapan, di belakang, di sisiku. Tetapi dia? Dia hanya khayalanku. Angan-anganku dan imaginasiku semata. Apabila aku benar-benar menerima kenyataan itu, sekelip mata perasaan itu akan berkurangan dan tenggelam. Sebaliknya, perasaan yang baru itu akan menonjolkan kuasa dan keghairahannya. Aku pernah mengatakan bahawa dia adalah penawar bagiku. Tetapi...untuk yang ini, sepertinya TIDAK.





0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com