Ida

Semalam aku dengan Ida(bukan nama sebenar) kena kejar anjing masa kitorang nak balik sekolah. Cilaka punya anjing. Waktu tu, baru aku sedar yang aku ni pengecut. Macam perempuan.  Normal lah tu. Lepas tue, Ida mula gelabah. Dia cakap dia takut nak balik. Dia takut kena kejar anjing lagi. So, aku decided nak temankan dia balik. Alah~ bukan jauh pun. Untuk kawan. Aku just hantar dia separuh jalan je. Kira jalan yang dekat-dekat dengan rumah dialah. Sebelum dia pergi, dia sempat ucap terima kasih kat aku. That time, aku rasa aku nie macam penyelamat pula. Aku tahu ini lah yang dinamakan perasan. Tapi that timelah juga aku rasa diri aku nie macam lelaki yang baru sahaja menemani seorang perempuan yang ketakutan. Macam manapun, aku cepat-cepat tepis perasaan tu dan terus berjalan kaki balik ke rumah.

0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com