Ingin Mencuba

Kali nie aku nak bercerita sikit pasal semangat ingin mencuba. Macam yang kita tahu, remaja nie memang suka mencuba banyak perkara. Tak kira lah positif ke negatif. Dua-dua main bantai je. Termasuklah 'cinta'. Tengoklah zaman sekarang. Bukan sekarang. Dulu-dulu pun dah ada pelajar sekolah yang dah pandai bercinta. Termasuklah aku. Ehem! Aku 16 ok.

Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah Form1, kiranya aku dah banyak kali main-main cinta. Tapi bila dah Form1, aku stop. Sebab apa? Sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Iaitu pengalaman. Bukan ke itu yang kita si anak remaja nie cari? Pengalaman. Sepupu aku dah banyak kali tukar tempat keje. Mula-mula aku ingat dia yang cerewet. Rupa-rupanya nak cari pengalaman. So aku dah dapat pengalaman dalam percintaan. Aku dah dapat perasaan sayang, kasih, sedih, menyesal, kecewa, marah, serba salah dan sebagainya dalam percintaan. So, cukup-cukuplah. Aku dah puas bermain cinta. Daripada level hangat-hangat taik ayam sampailah bagai pungguk merindukan bulan. Enough!

Memang lumrah lah kan. Manusia takkan berhenti selagi tak dapat hasil dalam apa saja yang dikerjakannya. Sama ada pengajaran, akibat, hikmah ataupun habuan. Sekarang, aku rasa aku sedang mempunyai rasa ingin cuba dunia pengkid. Sebab tue aku ada perasaan aneh terhadap Ana(bukan nama sebenar). Tapi....nie benda negatif kan? Selagi aku boleh halang diri aku daripada melakukannya, aku takkan buat benda nie. Aku sedang 'fall in love' dengan Ana tapi aku akan cuba untuk melawannya. Even ada masa aku jadi lemah and hampir mengalah.


0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com