Jia

Dulu aku ada kawan bernama Jia(bukan nama sebenar). Dia peramah, mesra....bagi aku she's different. Ada ketika, bila dia berjumpa dengan kawan-kawan dia, dia akan peluk diorang. Even diorang segan. Termasuklah aku. Dia selalu ambil tahu pasal aku. Bukanlah busybody, she just kind & nice. Dia selalu tanya pada aku whether aku dah lupakan ex aku ke belum. Well~ aku bukannya pandai menipu sangat. So, I tell the truth. NOPE! Even aku dah clash dengan mat tu since last year. Dia ada kasi tips dekat aku. Kalau nak lupakan ex, cuba buang semua barang-barang yang berkaitan dengan aku& si ex. Seriously, cara dia cakap tu bersemangat betul. Ada satu lagi benda yang menarik pasal dia. Dia seorang yang manja. Even dia anak murid taekwando, dia manja dengan aku dan kawan-kawan yang lain. Ada masa tu, bila dia berjalan dengan aku, selamba dia rangkul tangan dia kat tangan aku. That time lah, aku mula merasakan perasaan yang aneh. Aku rasa berdebar-debar dan aku mula merasakan ego bagai seorang lelaki. Seolah-olah, yang merangkul tangan aku tu awek aku. Hal tu tak berlaku sekali. Makin lama, semakin kerap. Lastly, aku decide untuk jauhkan diri dari dia. Aku tak boleh terus begitu. Malangnya, ia terlalu susah. Even aku menjauhkan diri, dia yang datang mendekati aku. Ada masa tu dia tanya aku, kenapa aku macam jauhkan diri dari dia. Dia jarang nampak aku. Tapi aku try lah cover. Aku cakap dia yang sombong. Ya. Memang sebelum-sebelum itu aku ada terserempak dengan dia. Tapi aku sengaja tak tegur dia. Sebab aku nak make sure aku betul-betul jauh dari dia. Yalah. Dahlah kitorang satu kelas. Pokoknya memang susahlah nak jauhkan diri dari dia. Lagi-lagi dia ni jenis yang tegur semua orang. Bila cuti sekolah akhir tahun datang, barulah aku dapat betul-betul jauhkan diri dari dia. Dan perasaan tu hilang begitu sahaja. Kiranya Jia ni awek yang pertama sekali aku suka. Bukan sebagai kawan. Tetapi lebih. Macam manapun, dia tak pernah tahu pasal ni.

0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com