Jiwa

Aku tak pernah tahu. Dan tak pernah belajar. Kalau jiwa kita boleh berubah mengikut umur. Jika dahulu percintaan di alam sekolah rendah tak ubah seperti main kahwin-kahwin, tapi semakin aku meningkat remaja aku merasakan percintaan itu seolah sesuatu yang perlu dijaga. Aku juga tak sangka. Ia melibatkan hati? Apabila aku jatuh cinta dengan ex aku yang dulu, rasa macam hati aku lengkap. Tapi siapa sangka? Aku mula sedar selngkap manapun hati aku sebenarnya aku cuma ada separuh hati. Bila dia pergi tinggalkan aku, baru aku sedar tentang tue. Rasa macam lumpuh separuh badan. Seolah malam dan siang bercampur. Dan itu sekaligus merubah jiwa aku. Firstly, aku mula punya jiwa yang DEGIL. Pelbagai jenis degil. 1) Degil untuk melupakan dan melepaskan. 2) Degil untuk terus mencintai. 3) Degil untuk menanti. Dan macam-macam 'degil'.

Daripada jiwa yang degil tue, aku mula punya jiwa yang KENTAL. 1) Aku kental menghadap dia di sekolah. 2) Aku kental bila nampak dia dengan awek baru. 3) Aku kental bila awek dia friend FB aku & guna FB dia semasa chat dengan aku. Macam BABI! (Ups! Maaf kesat. :p).

Tapi akhirnya aku aku matikan jiwa-jiwa yang bodoh itu. Macam SIOT bila aku sedar yang aku terpaksa berpura-pura baik, fine, ok, alright depan diorang. Macam BANGANG bila aku sedar aku terpaksa bakar hati aku sendiri demi tunjukan yang aku tak ada apa-apa. Sekarang, aku just pandang BADI saja dekat diorang tue.

Disebabkan percintaan ini juga, jiwa perempuan aku berubah. Dalam tempoh aku tak mampu lupakan ex aku, dalam tempoh aku tak mampu pandang lelaki lain selain dia, aku mula mencari haluan lain untuk mengisi kekosongan jiwa lain. Bagaimana? Itulah antara puncanya aku 'jatuh cinta' dekat Jia(bukan nama sebenar). Perempuan yang aku ceritakan dalam entry yang lepas.

Bukan mahu aku. Bukan kehendak aku nak suka dekat kaum sejenis. Tapi.....tahu sajalah. Bila jiwa kosong, dekat mana-mana pun syaitan boleh menyelit. Bila ruang jiwa kosong, bisikan syaitan pun bergema lebih kuat daripada laungan azan. Siapa tahu? Terseksa aku nak melawan semua ni. Sekarang, jiwa itu masih bersisa di hati aku. Sebab apa? Sebab jiwa aku kosong. Hati aku kosong. Terseksanya aku bila terpaksa berkeras menepis jiwa itu dengan istighfar dan doa. Hmmm....Agak-agak aku nie pengkid ke tak? Entahlah....aku tak boleh nak mengaku sebab aku sendiri tak nak jadi macam tue.


0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com