Maruah

"Terdapat tiga jenis hubungan yang tak menghiraukan maruah, iaitu hubungan anak dan ibubapa, persahabatan, dan hubungan antara guru dan murid."

Aku dapat ayat tue masa aku tengok Kdrama kat rumah Ida(bukan nama sebenar) waktu kitorang buat study group dengan Ina(bukan nama sebenar). Sentap do ayat tue. Tiga hubungan yang tak kisah pasal maruah? Otak dia! Kalau betul lah, dah lama aku share masalah aku nie dengan BFF aku. Especially, Ana sebab dia memang tempat yang paling sesuai untuk mengadu segala masalah. Sememangnya kelabihan An ialah mendengar masalah dan luahan orang lain. She's caring and sharing.

Masalah aku 'fall in love' dengan Ana, masalah aku berniat nak jadi pengkid, masalah aku nak Ana jadi gf aku, semuanya melibatkan maruah doh! Kalau aku share segalanya, jangankan maruah aku tercemar, dengan friendship kitorang sekali tergadai.

Dekat rumah Ida, kitorang ada jugak tengok rancangan 'Soal Asyraf'. Ustaz Asyraf bercerita pasal tatacara menutup aurat. Ini pun kasi aku sentap habis! Buat seketika, aku sedar yang diri aku nie perempuan sebenar-benarnya perempuan. Dalam rancangan tue, ada juga ditunjukan scene cara-cara pakaian umat Islam zaman sekarang yang tak menepati syarak dan tidak menutup aurat. Termasuklah pengkid. Memang aku sentap giler ah! Tak tahu nak cakap macam mana.



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com