Ana

Sekarang aku sedang Best Friend dengan Ana(bukan nama sebenra). Kitorang dah berkawan baik since form 2. Dia dengan aku agak jauh beza. Coz dia ni cantik.. Ramai student lelaki dekat sekolah minat dia. Kadang-kadang tu jealous juga. Hohhoo... 2 minggu yang lepas, sekolah kitorang ada buat minggu sains & matematik. Kitorang masuk pertandingan pembentangan berkenaan plastik. Sebelum giliran kitorang tiba, kitorang sempatlah main-main, guarau-gurau. Ada masa tu dia duduk dekat dengan aku and rangkul tangan aku. Dia cakap,"Couple yuk! Takleh couple dengan lelaki, couple dengan perempuan." Aku tahu dia bergurau. Tapi kata-kata dia tu betul-betul buat aku sentap. Semakin lama, giliran kitorang semakin hampir. Dia sejuk sebab kitorang duduk dalam dewan yang ber-aircond. Dia pegang tangan aku. Seriously. Tangan dia memang sejuk. Masa dia pegang tangan aku, aku mula rasa berdebar-debar. Tapi aku terpaksa kawal diri aku. Aku tak pegang pun tangan dia. Setakat pegang macam acuh tak acuh je. Sebab aku tak nak rasa debar tu semakin kuat dan menguasai diri aku. Dalam keadaan berdebar tu aku ada tanya pada diri aku, "Kenapa nie?Takkanlah...." Takkan perasaan yang sama macam dulu datang balik? Sebenarnya, ini  bukan kali pertama aku rasa macam ni bila dengan dia, sebelum-sebelum ni pun ada. Tapi aku tak layan sangat sebab tak ada lah sampai berdebar-debar. Just terasa diri aku ni macam 'laki' dia. Lagipun, dekat FB kitorang partner,'Husband n Wife'. Even itu just main-main, tapi kadang-kadang tu aku rasa macam aku ni 'laki' dia. Aku ingat lagi bila ex dia datang pujuk dia. Dia cakap dekat ex dia suruh minta izin dekat 'pakwe' dia. Akulah tu. Then, ex dia pun minta(FB chatbox) pada aku yang dia nak couple balik dengan Ana. Aku balas boleh tapi ada aku bagi banyak syarat dekat mat tu. Masa aku bagi syarat-syarat tu, aku just fikir pasal Ana je. Aku tak nak dia nangis lagi sebab mat ni. Aku tak nak dia tak datang sekolah sebab tak boleh fokus cuma sebab mat ni. It's all about Ana. Syarat-syarat yang aku bagi kat mat tu bukan untuk main-main. Tapi aku serius. Alah~macam mat tu nampak muka serius aku dekat chatbox tu. Tapi, lastly mereka clash. Finally, Farrah 'back' pada aku. Relationship FB yang sebelumnya dengan mat tu(bila diorang couple balik), balik pada aku semula. Sampai sekarang. We still a partner,'Husband & Wife'. Aku tak tahu whether dia awek yang ke-2 aku suka? Yang aku tahu, aku sayang dia & aku kisah pasal dia.

0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com