3 Waktu Bersama Ana

Hmm...esok tak sekolah sebab hari buruh. Next week dah nak exam. Pergh! Kusut der. Tapi bukan tue yang aku nak citer. Tajuk pun dah terang-terang "Mata Ana". Sure lah aku nak citer pasal Ana. So pagi tadi masa kat lab waktu kimia, aku terpandang ke arah Ana. Tup-tup entah kenapa bila aku bertentangan mata dengan dia aku sentap. Pergh! Tak nak sakit pula kan. Aku rasa macam nak menjerit je dekat lab tue. Aku rasa berdebar-debar tapi aku try control perasaan tue. Sebab tue dada aku rasa sakit. Aku paksa perasaan tue berhenti daripada berdebar. Seriously, muka Ana asyik muncul je dalam fikiran aku. Mata dia...mata dia yang buat aku rasa sentap tue asyik terbayang je. However, aku cuba juga control diri aku.

Di lab fizik pula, Ina asalnya nak duduk sebelah aku tapi dia kata dia tak nampak. So automatik aku suruh dia duduk tempat aku(sebelah Ida) dan aku duduk di tempat dia(sebelah Ana). Aku mula tertanya. Adakah hal tue berlaku secara tak sengaja? Atau memang ini yang aku nak? Sepanjang waktu fizik, aku duduk sebelah Ana. Aku tak rasa sakit or berdebar-debar malah selesa bila duduk sebelah Ana. Memandangkan aku jenis yang tak banyak cakap kosong atau buat lawak, so aku dengan Ana memang tak banyak berbual. Tapi ada masa tue aku buat juga loya buruk aku.

Bila di lab Biologi pulak, biasalah bila hari Isnin nie mesti kelas sampai pukul 1: 40 petang. So jam 1 petang masing-masing dah penat. Termasuklah aku. Aku dah banyak kali tersengguk-sengguk. Tapi paksa juga supaya jaga. Aku nampak juga Ana letak kepala atas meja. Dia pun ngantuk. Ina and Ida yang duduk antara kitorang berdua asyik bergelak je. Aku nampak Ana lentok atas meja, aku pun join lah sekali. Dengan mata yang mengantuk nie, aku nampak muka Ana nie memang cantik. Lagi-lagi bila dia pejam mata. Tak lama tue, aku pun terlelap. Tapu 15 minit kemudian aku terbangun. Mana boleh aku berdengkur dalam lab sampai balik. Nasib baik cikgu ajar pasal nutrition. Kira senanglah juga buat masa nie.



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com