Bukan Naluriku


Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.

via: http://sujuelfarahin.blogspot.com/




0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com