Style Aku

Hari nie aku ada gy banda dengan mak aku. Biasalah tuh. Anak tunggal macam aku takkan lepas dy banda sorang-sorang. First niat, aku nak gy banda sebab nak beli buku rujukan Fizik. Yalah. Aku hampeh tak faham kejadah apa yang cikgu ajar dalam kelas. Berbelit-belit. Tercekik otak aku. So, I need a rivision book.

Lepas beli buku, mak aku pula dah beli sabun, sebelum balik kitorang singgah kedai kain. Mak aku nak beli kain untuk buat cadar tilam. Then, kitorang gy kedai baju pulak. Cari singlet untuk bapak aku. Alang-alang cari singlet lelaki, aku nampak juga baju-baju lelaki yang ada kat situ. Pergh! Aku memang tak boleh blah dengan baju lelaki. Simple, cool, nice and comfortable. Tak macam baju perempuan. Ada lace, kedut-kedut, macam-macam lah. Actually, aku tak ada lah prefer sangat dengan blaus niyh. Aku selesa just berbaju lengan panjang and tak payah nak berbentuk bagai. Lebih baik kosong. Tapi kalau ada corak pun, aku lebih suka abstrak and grafiti. Floral....tak lah sangat. And...aku suka warna gelap. 3 warna saja yang jadi pilihan aku, iaitu hitam, coklat and putih. Tiga warna nie buat aku rasa kemas, simple and cool.

Apa yang buat aku interest pasal baju lelaki sebab ia berkolar. Aku suka T-shirt. T-shirt yang berkolar pun buat aku rasa kemas and selesa. Kalau kat rumah niyh memang aku pakai T-shirt je lah. And lagi satu...aku suka track-suit. Kalau aku keluar jalan-jalan dengan ayah aku, T-shirt and track-suit dah kira sempoi giler bagi aku. Jangan lupa, selipar pun no hal. Tapi bila keluar dengan mak tue....biasalah. Kasi ayu sikit. Ah! Yalah tu.

So, tadi sebelum gy banda dengan mak aku, of coz lah siap-siap dulu. Tapi bila aku kenakan T-shirt and inner berlengan panjang kat dalam, entah kenapa aku rasa rimas and panas. First tue of cozlah sebab hari siang tadi panas. Tapi....masalah yang keduanya....entah kenapa aku rasa it's much better kalau T-shirt aku tue berkolar and berwarna biru gelap. Dari bab baju, sampai pula bab jeans. Aku fikir lebih selesa rasanya kalau jeans aku nie tak ketat and tak usah kecik kat bahagian bawah kaki. Dan selepas tue, aku mula terbayang kalau-kalau aku berambut pendek. That time, aku dah tahu apa yang tengah jadi pada diri aku. Aku tengah imagine kot-kot kalau aku nie pengkid. Then aku teringat, aku bertudung. Kalau aku berambut pendek macam jantan pun, jangan ingat aku boleh buka tudung. Aku mesti terima hakikat yang aku nie perempuan.

Bukan itu saja. Aku juga terfikirkan Ana. Memandang sebelum-sebelum nie Ana memang ada ajak aku keluar gy banda dengan dia tapi parents aku tak kasi, aku terbayang kalau-kalau aku berpakaian macam tue and then sebelah aku tue Ana. Seorang perempuan yang cantik, independent, and sopan. Aku sedar apa yang cuba aku bayangkan. Aku imagine kalau Ana tue gf aku.

Aku mula risau pasal diri aku. Identiti aku. Hati aku. Dan tak lupa. Nafsu perempuan aku. Kalau hilang satu nafsu yang penting tue, aku rasa takkan lengkap lagi diri aku sebagai perempuan. Hati aku semakin tertutup. Dan nafsu syaitan mula perlahan-lahan menguasai ruang hati aku. Itu yang perlu aku tentang. Itu yang mesti aku lawan!



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com