Mati

Begini rasanya apabila jantung 'berhenti' berdegup
sebaliknya mula terasa sakit
sememangnya 'percintaan' yang luar biasa...

Kau buat diriku berasa selesa
namun dirimu jua menjadi punca aku terseksa
di mana letaknya kini hatiku yang sudah mati?
sedangkan nafsu dan bisikan syaitan yang menguasai?

Di mana dapat aku melihat cahaya?
apatah lagi sinar?
sementara kesunyian jiwa mengurung aku dalam kegelapan
tidak mengizinkan aku menggapai sinar yang malap

Bertanya pada diriku sendiri?
di mana letaknya nilai sebuah percintaan?
tiada....
seakan tiada tempat lagi bagi nilainya
kerana hatiku mati kerananya
dan cinta itu mati bersama hatiku

Tangisan tidak lagi memecah ruang
bukan dendam yang sedang menular
tetapi kesunyian jiwa...
sedang meliar


0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com