Bengang+Jealous=Untung Aku


Ok. Berapa lama dah aku tak update blog? Ah! Tak payah sibuklah pasal tu. Hari ni tajuk aku seperti yang di atas. Pening? Anggap jelah yang hari ni aku BENGANG, JEALOUS and berUNTUNG. Sebab apa? Ni yang nak kasi citew.

Kita start dgn BENGANG dulu eh. Dua hari berturut-turut aku spent time dgn BFF aku kat library. Yalah. Kitorang kan librarian. So, memang itupun duty kitorang. Hari ni kitorang continue hapus kira buku yang semalam. Lepas check, delete dekat buku senarai, aku dgn Ana kena check in dalam komputer and delete buku-buku yg dah dihapus kira. Mula-mula Ana yg buat, then aku pulak. Semakin lama, aku semakin penat menghadap komputer yang berskrin tinggi. Even aku ni tinggi pun(takdelah tinggi sangat), menjajar juga leher aku nak tengok skrin komputer tu. Belakang aku pun naik sakit. Tiba-tiba ada sorang ustaz ni masuk. Fine. Aku kenal ustaz tu. Dia tegur aku. "Awak tinggal mana?" "Taman Matahari." "Awak adik tu eh? Sape tu..." "Saya anak tunggal." "Ayah awak kerja apa?" "Welding." "Ayah awak pernah pergi mana-mana surau dekat Taman Matahari tak?" Itu memang soalan klimaks. "Err..tak." "Awak pernah pergi mana-mana surau ke masjid ke dengan ayah awak?" "Tak" Then, ustaz tu pun pergi. Seriously! Bengang seyh dengan soalan dia. Tak pasal-pasal aku buka aib ayah aku. Fine! Sekarang pun aku dah buka kan? Huh~~~ malu aku...

Dah! Dah! Kita masuk topik JEALOUS pulak. Benda ni agak childish. Tapi..tak apalah. Aku share jugak. Dalam library masa tu ada sorang budak lelaki ni. Aku tak tahu pulak dia kelas mana tp dia Form 5. Rancak je dia berbual dgn cikgu library kitorang. Pada masa tu jugak, cikgu mintak resepi kek coklat dari Ana. Memang Ana dah janji pun kat cikgu. Plus, Ana bawa keknya untuk cikgu and kitorang. Dia buat sendiri taw. Well~ bini aku ni memang pandai masak. Err...tak payahlah pandang aku. Aku tahu lah aku tak pandai masak. Tapi at least aku kenal jugak dapur k. *nak bela diri* Hahax! Ana beri resepinya kat cikgu depan budak lelaki tu. Lepas tu, cikgu suruh Ana bagi sikit keknya kat budak lelaki tu. Aku yang tengah doq sengkang mata menghadap komputer, tiba-tiba rasa panas je kan? Apa perasaan tu? Aku jealous ke? Budak lelaki tu makan kek coklat buatan Ana. Ok. Diorang memang ramah berbual. Aku admit. Aku jeles! Sampai down mood aku lepas scene tu. Aku hadap komputer tu dgn muka mintak penampar je. Serius yang amat! Aku jeles Ana layan budak lelaki tu.

Now, kita masuk topik UNTUNG AKU pulak. Ok. Yang ni boleh kira best. BEST untuk aku je. Masa aku tengah lunch dgn parents aku tadi, ayah aku bukak cerita pasal siblings suami mak cik aku. Next month, anak pak cik aku tu nak pergi lawatan sambil belajar ke KL. Budak tu sebaya dgn aku. Tapi dia duduk Batu Pahat. Pak cik aku mintak tolong abang dia yang duduk kat sana hantarkan anak dia ke sekolah. Tapi tak ada sorang pun nak hantar. SIOT! Sekolah tu bukan jauh pun dari rumah. Memang adik-beradik macam tu eh? Kau senang, aku senang. Kau susah, ada aku kesah! Pergh! Memang aku besyukur tak ada siblings. Aku tunggal. Aku satu. So, itu antara part baiknya jadi anak tunggal. Tapi bab part lain pulak, aku ada tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Kadang-kadang tu down jugak bila fikirkan pasal tu.

Ok. 6 jam di sekolah, aku dah ada 3 citer yang nak di share. Selagi aku hidup, selagi itulah ada cerita. Ya tak? Esok kalau aku dah mati, segala cerita aku tak siapa yang tahu kan? Cuma aku, Allah s.w.t., malaikat dan penghuni-penghuni di sana. Huhu...Ok. Gerak dulu!

Eh! jam 2 nnt nk kena gerak ke library dah. As usual, hari Jumaat kan aku on duty dengan Ida. Tapi rasa malas jelah. Kaki ni dah lah sakit. Tulang pangkal jari aku bengkak sebab salah buat emergency landing. Haxhax! Tapi Ana cakap dia pun nak datang. Alah~ terasa nak pergi lah pulak. Hehee...faham-faham jelaah. Esok dah start cuti mid-year kan? Takut-2 nanti rinduu...Ah! Sudah! Gerak dulu yaw! Bye.



0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com