Pilihan

Tiba-tiba aku teringat...
dan terfikir...
serta terdetik...

Aku takkan menangis lagi hanya disebabkan Am. Stop. Sudah-sudahlah aku tahan air mata aku dan makan hati selama 3 tahun. Aku takkan menangis. Biar hati aku kosong tanpa dia. Tanpa Am.

Then aku terfikir...

Perempuan lemah dengan lelaki. Tapi mereka juga kuat kerana lelaki. Sebahagian daripada fakta itu ialah hipokrit. Like me. Perempuan menangis kerana lelaki. Air mata mereka menjadi murah gara-gara lelaki.

So, aku dapat rasakan it's much better without loving you Am. Even mula-mula hendak melupakan agak menyakitkan, tapi dah lama-lama terbiasa dan sakit tu akan hilang sikit demi sikit. Melupakan tak bererti memaafkan.

Aku tak maafkan Am,
Aku tak maafkan Ira,
Aku tak maafkan hati aku,
Aku tak maafkan cinta.

Tapi aku maafkan ayah aku. Sebab apa? Even dia juga lelaki yang adakala buat aku menangis dan tersinggung, dia akan pujuk aku dengan cara dia. Aku takkan menangis di hadapan ayah aku. Aku tak menangis di hadapan sesiapa pun. Except if aku memang dah desperate sangat, Aku prefer menangis sorang-sorang. Even aku memang perlukan seseorang untuk pujuk aku, aku still menangis sorang-sorang. Sebab aku malu. Air mata aku yang mahal jatuh lalu menjadi murah. Tambah pula nanti kalau aku menangis di hadapan mereka. Tak ke akan turun terus saham air mata aku? Aku tak manja even aku teringin bermanja dan dimanjakan. Aku tak gedik dan mengada-ngada. Perasan? Ada aku kesah?


Cuma seorang lelaki yang tahu memujuk kita, iaitu seorang bapa. Belum tentu seorang abang atau adik lelaki mampu memujuk adik perempuan mahupun kakaknya. Seorang lelaki yang lengkap serba-serbinya itu hanya seorang bapa.

Anti lelaki? Maybe we should tambah sikit. Anti lelaki bukan mahram. Get that? Di dunia ni masih ada lelaki yang baik. Tetapi lelaki-lelaki yang kurang baik ni seolah-olah lebih bebas berada di mana-mana sahaja. Even dalam masjid pun. Tapi at least, nak jugak dia tu jejakan kaki ke masjid. Bagi yang tak? Apa cer der? Lu mulut bising kutuk-2 caci-2 penk, lesb n gay. Tapi lu sendiri masjid tak jejak. Apa bezanya?

Yang membezakan kita bukan jumlah kejahatan kita. Tapi jumlah amalan kita. Allah s.w.t. tak melihat kita yang dulu tapi melihat kita yang sekarang. Tapi manusia sering pendang ke belakang untuk mencari kesalahan yang lalu. Kemudian bertanya pada diri. Aku ingin berubah atau ingin meneruskan perjalanan ni?

Allah s.w.t. hanya menyediakan satu jalan untuk kita, iaitu jalan yang benar. Cuma kita yang memilih untuk membuat pilihan. Manusia memang merumitkan.

Kucing tidak memilih sama ada hendak mengurus anaknya hingga akhir hayat anaknya atau meninggalkannya sebaik sahaja anaknya tu tak memerlukan susu lagi. Pokok tidak memilih untuk berselindung daripada matahari mahupun terus menghadap matahari.

Perbezaan kita dengan makhluk-2 ni ialah, akal. Kita mampu berfikir dan mentafsir. Bila akal dan nafsu berkerjasama, tidak mustahil kita akan mengambil keputusan untuk memilih dan sesat. Seperti memilih baju di butik. Mahukan baju yang berwarna cerah dan ketat serta jarang atau mahukan baju yang berwarna gelap dan longgar serta tidak jarang? Aku seorang Kpoper. Tahukah apa kata Permaisuri apabila Tuan Puteri memakai baju yang berwarna cerah dan memantul serta berwarna-warni? Katanya, "adakah dirimu pelacur memakai pakaian seperti ini?" Padahal Haengbok(pakaian tradisional Korea) itu longgar, bergaun jadi tidak menampakan berntuk ponggong.

Bila akal dan hati berinteraksi, iman akan ikut campur dan memimpin kita ke jalan yang benar. Mulut sentiasa berbohong. Tapi hati menyimpan kebenaran. Kita tahu apa yang hati kita mahukan dan kita tahu apa yang bibir kita mahu katakan tetapi sebaliknya kita memilih untuk berbohong.

Akal, Hati dan Nafsu. Tiga benda yang berbeza. Tetapi bertindak seolah-olah sistem dalam badan. Mampu mengatur tindak-tanduk kita dan membenarkan kita untuk memilih. Jantung tidak memilih untuk terus berdegup atau berhenti apabila dia letih mengepam darah. Kerana mereka ini telah ditetapkan jalan bagi mereka. Dan takdir untuk mereka ialah mereka tidak mempunyai akal.

Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan kerana hanya kita satu-satunya makhluk Allah s.w.t. yang mempunyai akal. Zaman sekarang, bila nampak orang cacat atau OKU malah orang hodoh sekalipun dianggap pelik kerana lain daripada yang lain. Sedangkan kita ini manusia yang pelik kerana hanya kita yang mempunyai akal tetapi alam ini memandang tinggi kepada kita. Jadi. Tak malu ke kita jadi makhluk  yang 'cacat'?

Aku juga manusia yang memilih untuk membuat pilihan. Yang adakala membenarkan nafsu menguasai diri. Mengizinkan telinga mendengar bisik-bisik syaitan. Itulah manusia.

P/S : Apahal? Ngantuk ke baca entry ni? Tak apalah. At least korang baca. Kalau tak macam mana korang boleh nampak ayat ni. Ya tak? Aku muhasabah diri aku. Korang muhasabahlah diri korang. Peace~                                                                         












0 Penasihat:

INI BLOG WA PUNYA. JANGAN TAIK HIDUNG MASIN PERASAN NAK BUAT HARTA!
Copyright© All Rights Reserved Rykino Yuro @ xnobleshitstory.blogspot.com